Selasa, 24 Februari 2015 | 1:48pm
Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Soraya (kiri) ketika menghadiri acara Breakfast With The Stars anjuran HBO Asia, semalam. - Foto Zunnur Al Shafiq
Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Soraya (kiri) ketika menghadiri acara Breakfast With The Stars anjuran HBO Asia, semalam. - Foto Zunnur Al Shafiq

Fazley Yaakob bakal tampil dengan buku masakan My Sucre Story

Datuk Fazley Yaakob. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
Datuk Fazley Yaakob. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Hingga saat ini, juara MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama, Datuk Fazley Yaakob tidak mampu menafikan bahawa program masakan popular itu sudah banyak mengubah paksi hidupnya.

Jika dulu pada saat memulakan arena seni sebagai penyanyi dan pelakon yang rata-rata diminati peminat dalam kalangan orang Melayu, Fazley mengakui dia kini terus meraih sokongan termasuk daripada kalangan peminat bukan Melayu selepas menyertai pertandingan masakan itu.

Ketika ini, penyanyi itu yang popular dengan lagu Asmara Ini mengumumkan akan menyiapkan album kelima selain muncul dengan buku masakan antarabangsa yang akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti.

"Enam bulan juga saya pilih masakan tradisi dari Negeri Sembilan yang akan diberi sentuhan fusion. Buku masakan itu akan diberi nama My Sucre Story. Biarpun sibuk dengan dunia masakan, kerjaya nyanyian dan motivasi tetap berjalan.

Datuk Fazley Yaakob (kiri) dan Datin Azrene Soraya ketika menghadiri acara Breakfast With The Stars anjuran HBO Asia, semalam. - Foto Zunnur Al Shafiq
Datuk Fazley Yaakob (kiri) dan Datin Azrene Soraya ketika menghadiri acara Breakfast With The Stars anjuran HBO Asia, semalam. - Foto Zunnur Al Shafiq

"Malahan saya juga dapat manfaatkan dunia masakan dan nyanyian dalam satu masa kerana ada tawaran persembahan yang menggabungkan pakej menyanyi dan pada masa yang sama saya diminta membuat demonstrasi masakan," katanya yang menamatkan pengajian di sekolah masakan ternama, Le Cordon Bleu, Paris dalam bidang kulinari pada 2013 dan peringkat sarjana dalam bidang Sugar Art di PME, United Kingdom tahun lalu.

Sepanjang pengalaman bergelar chef, Fazley memberitahu pernah melalui situasi lucu apabila wajahnya disamakan dengan penyanyi lain.

"Lucunya apabila penyanyi yang disamakan itu ialah saya sendiri. Mereka tidak tahu yang sayalah penyanyi Fazley itu. Saya tergelak sendirian," kata bapa kepada Fariedz (7 tahun), Fieradz (5) dan Fierudz (4) ini.

Penyanyi lagu Chocolate Cake itu ditemui BH Online semalam ketika menghadiri acara Breakfast With The Stars anjuran HBO Asia. Dia ditemani isterinya, Azrene Soraya.

Berita Harian X