Khamis, 5 March 2015 | 5:35pm

Lawak Ke Der 2015 turut menampilkan Bocey

PENGARAH Istana Budaya, Datuk Juhari Shaarani (tengah) bersama pelakon Teater Lawak Ker Der, (dari kiri) Afdlin Shauki, Hans Isaac, Harith Iskandar dan Douglas Lim pada sidang media teater berkenaan di Istana Budaya, hari ini. - Foto Adi Safri
PENGARAH Istana Budaya, Datuk Juhari Shaarani (tengah) bersama pelakon Teater Lawak Ker Der, (dari kiri) Afdlin Shauki, Hans Isaac, Harith Iskandar dan Douglas Lim pada sidang media teater berkenaan di Istana Budaya, hari ini. - Foto Adi Safri

KUALA LUMPUR: Persembahan komedi Lawak Ke Der kembali menggegarkan pentas berprestij Istana Budaya dengan format yang berbeza, menampilkan lebih ramai 'stand up comedy'.

Siri Lawak Ke Der 2015 menampilkan Harith Iskander, Afdlin Shauki, Douglas Lim dan Bocey serta mengekalkan Hans Isaac selaku pengarah persembahan.

"Lawak Ke Der kali ini membariskan pelawak yang berbeza daripada sebelum ini atas pilihan peminat sendiri.

"Bocey pula adalah pelawak pilihan saya kerana potensi yang dimiliki mereka untuk pergi lebih jauh lagi dalam bidang ini," kata Hans ketika ditemui pada sidang media persembahan itu di Istana Budaya hari ini.

Selain daripada barisan nama-nama besar berkenaan, siri persembahan komedi kali ini turut memperkenalkan bakat baru iaitu Rayza Mukmin.

Antara pelawak yang pernah membuat persembahan sebelum ini ialah Johan, Zizan, Kumpulan Osbon, Harun Salim Bachik, Ahmad Nabil dan Kumpulan Jambu.

Lawak Ke Der 2015 bakal dipentaskan pada 16 hingga 19 April jam 8.30 malam. Harga tiket adalah RM46, RM86, RM126, RM156 dan RM176.

Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.biz dan untuk informasi lanjut tentang pembelian tiket, sila hubungi 03-42532241.

Berita Harian X