Sabtu, 7 March 2015 | 8:21pm
FINALIS ABPBH, Asfan dan Ayda Jebat (kanan) pada siri jelajah Anugerah Bintang Popular Bintang Popular Berita Harian 2014 di Pusat Membeli belah Village Mall, Sungai Petani. -Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
FINALIS ABPBH, Asfan dan Ayda Jebat (kanan) pada siri jelajah Anugerah Bintang Popular Bintang Popular Berita Harian 2014 di Pusat Membeli belah Village Mall, Sungai Petani. -Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Jelajah ABPBH: Peminat Ayda Jebat sewa bas ke Kedah

SUNGAI PETANI: Pelakon, Ayda Jebat meraih tumpuan luar biasa sepanjang menjayakan siri jelajah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014 di Village Mall di sini hari ini.

Finalis kategori Artis Baru dan Pelakon Drama Wanita Popular yang tiba di pusat beli belah itu menaiki konvoi motosikal berkuasa besar nyata menggamit sorakan pengunjung.

Malah selain diiringi kelab motor MLA diketuai ayah bintang muda itu sendiri, Imran Md Noor, rombongan Ayda turut dimeriahkan sokongan peminat setianya, Ayda Jebat Screamer yang sanggup menyewa satu bas ke Kedah.

Lebih hangat apabila 3,000 pengunjung memberikan sorakan gemurah apabila Adira, Adi Putra, Indah Ruhaila, Nad, Achey, Nad Zainal, Dottie, Asfan, 6ixth Sense, RJ, Fara Fauzana,Deen, AG, Didie Alias dan Anisma Azwati Ahmad bersilih ganti naik ke pentas.

Selepas Sungai Petani, rombongan jelajah akan ke Pasir Gudang, Johor pada 13 dan 14 Mac ini sebelum melengkapkan misi bertemu peminat di Kuantan, Pahang (21 dan 22 Mac).

Malam kemuncak ABPBH 2014 bakal diadakan di Arena of Stars Genting Highlands pada 5 April ini dan disiarkan secara langsung di TV3 serta Hotfm.

Berita Harian X