Ahad, 29 March 2015 | 11:28pm

6ixth Sense imbau nostalgia di HRC

KUMPULAN 6ixth Sense berjaya mengimbau kembali nostalgia Sense Of Love di Hard Rock Cafe. - Foto NSTP
KUMPULAN 6ixth Sense berjaya mengimbau kembali nostalgia Sense Of Love di Hard Rock Cafe. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR : Kumpulan 6ixth Sense berjaya mengimbau kembali nostalgia lagu-lagu yang dipopularkan oleh mereka pada persembahan Sense Of Love di Hard Rock Cafe (HRC), di sini.

6ixth Sense menggabungkan lagu-lagu yang berjaya mempopularkan mereka sepanjang 10 tahun bertapak dalam industri tempatan.

Antaranya lagu-lagu yang dibawakan oleh mereka adalah Hari Ini Dan Semalam, Penerang Hati, Sempurnakanku, Tanpa dan Menyesal, Tak Bisa Memilihmu dan Khatimah Cinta.

6xith Sense turut menyanyikan single terbaru mereka, 7 Kali Malam Minggu yang mendapat sambutan ramai serta menduduki carta radio tempatan.

Mereka turut mempersembahkan lagu Semanis Cinta yang menjadi runut bunyi bagi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia lakonan Shaheizy Sam dan Fazura.

Adi selaku vokalis ternyata berjaya menggegarkan pentas dengan persembahan bertenaga yang diberikannya diiringi oleh Wan (drum), Gjie (bass), Atan (gitar) dan Ayoy (gitar).

6ixth Sense yang dianggotai oleh lima orang anak muda gabungan Indonesia dan Malaysia turut memperkenalkan dua buah kumpulan anak didik mereka iaitu Cerpen Band dan Sakura Band.

Kumpulan Sakura dan Cerpen masing-masing menyampaikan tiga buah lagu khas buat kira-kira 500 peminat yang hadir.

Berita Harian X