Selasa, 7 Julai 2015 | 9:43pm

Che Ta tegur peniaga di Instagram didakwa tipu pelanggan

ROZITA Che Wan. - Foto Maya Sarina Mahat
ROZITA Che Wan. - Foto Maya Sarina Mahat

KUALA LUMPUR: Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta tampil menegur pengendali perniagaan secara online menerusi akaun Instagram yang didakwanya menipu pelanggan.

Menerusi gambar yang dimuat naik, Che Ta yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram, memberi amaran kepada pengendali akaun itu.

"Ramai sangat yang mengadu ditipu. Saya cuma ingin membantu mereka yang ditipu. Ramai yang mengadu kepada saya.

"Bagi saya, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Sama-sama kita ambil iktibar perkara ini agar pembeli lebih berhati-hati," kata Che Ta menerusi gambar yang dimuat naik.

Akaun perniagaan online itu difahamkan menggunakan khidmat ramai selebriti tempatan bagi mempromosikan barangan mewah yang dijual seperti tas tangan, kasut dan tali pinggang.

Berita Harian X