Khamis, 16 Julai 2015 | 12:38pm

Komposer Rahim Othman meninggal dunia pagi tadi

PEMUZIK dan komposer, Rahim Othman.
PEMUZIK dan komposer, Rahim Othman.

KUALA LUMPUR : Pemuzik dan komposer, Rahim Othman, 60, menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.45 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, Selangor akibat komplikasi paru-paru.

Komposer lagu Untukmu Ibu itu dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lalu namun keadaannya menjadi bertambah kritikal apabila mengalami pendarahan di paru-paru lalu merebak ke bahagian organ lain.

"Dia sudah lama menderita sakit paru-paru ini namun keadaan bertambah kritikan apabila ada pendarahan di bahagian paru-paru yang member kesan kepada organ dalaman lain.

"Arwah akan dikebumikan di perkuburan Mont Kiara selepas solat Zuhur hari ini," kata Fauziah Basarah yang juga bekas isteri Rahim kepada BH Online.

Rahim adalah salah seorang bekas anggota kumpulan Carefreee.

Beliau adalah adik kepada komposer Taib Othman dan bapa saudara kepada Nordin dan Kid iaitu pemain gitar kumpulan Search.

Allahyarham juga adalah pencipta lagu Takdir Dan Waktu nyanyian kumpulan Mega yang menjuarai Anugerah Lagu pada tahun 1991.

Berita Harian X