Rabu, 16 September 2015 | 3:51pm

Anugerah Planet Muzik: Siti Nurhaliza, Taufik paling banyak terima pencalonan

DATUK Siti Nurhaliza mendominasi enam pencalonan menerusi lima kategori yang dipertandingkan, manakala Taufik dicalonkan sebanyak tujuh kategori.
DATUK Siti Nurhaliza mendominasi enam pencalonan menerusi lima kategori yang dipertandingkan, manakala Taufik dicalonkan sebanyak tujuh kategori.

KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza muncul sebagai artis Malaysia paling banyak menerima pencalonan pada majlis Anugerah Planet Muzik (APM) 2015 yang bakal berlangsung di Singapura, 9 Oktober ini.

Dia mendominasi enam pencalonan menerusi lima kategori yang dipertandingkan.

Kategori Lagu Paling Popular, Siti dicalonkan menerusi dua lagu iaitu Jaga Dia Untukku dan Seluruh Cinta duet dengan penyanyi Indonesia, Cakra Khan.

Kategori lain ialah Artis Wanita Terbaik, Kolaborasi Terbaik Artis (bersama Cakra Khan), Kolaborasi Terbaik Lagu (lagu Engkau) dan Duo Terbaik (juga bersama Cakra Khan).

Artis Singapura, Taufik Batisah yang terus meletup dengan lagu Awak Kat Mana, dicalonkan sebanyak tujuh kategori.

Kategori berkenaan adalah Artis Paling Popular APM, Lagu Paling Popular APM, Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura), Lagu Terbaik (Singapura), Artis Terbaik (Lelaki) dan Ikon Media Sosial.

Artis lain yang dicalonkan untuk empat kategori pula antaranya, Akim & The Majistret, Hazama, Cakra Khan, Sleeq, Aisyah Aziz dan Bunga Citra Lestari.

APM 2015 kali ke 14 ini akan disiarkan secara langsung dari Suntec Singapura menerusi stesen televisyen saluran Suria (Singapura), ASTRO Ria (Malaysia & Brunei) dan Net (Indonesia) pada 9 Oktober ini bermula, jam 9 malam.

APM 2015 menggabungkan karya dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Berikut adalah senarai penuh calon bertanding mengikut kategori masing-masing:

INFO

ANUGERAH PLANET MUZIK 2015

KATEGORI DIPERTANDINGKAN

ARTIS BAHARU TERBAIK LELAKI

1. Aziz Harun - Senyum

2. Ir Radzi - Sempurna Waktu

3. Kunto Aji - Terlalu Lama Sendiri

4. Mark Adam - Marry Me

5. SonaOne - Hakeleh

ARTIS BAHARU TERBAIK WANITA

1. Elizabath Tan - Knock Knock

2. Isyana Sarasvati - Tetap Dalam Jiwa

3. Nowela - Kehabisan Kata

4. Sissy Iman - Mungkin Kamu

5. Yurq - Berawal Dari Tatap

DUO /KUMPULAN TERBAIK

1. Cakra Khan & Datuk Siti Nurhaliza - Seluruh Cinta

2. GAC - Bahagia

3. Nana Karis & Sufie Rashid - Suratan Cinta

4. Rossa & Afgan - Kami Yang Kutunggu

5. Stacy & Ungu - Berteman Sepi

BAND TERBAIK

1. Akim & The Majistret - Mewangi

2. Bunkface - Malam Ini Kita Punya

3. Iman's League feat The Lion Story - Lisa

4. Noah -Seperti Kemarin

5. Sheila On 7 - Lapang Dada

KOLABORASI TERBAIK (ARTIS)

1. Audionauts Feat Ronnie Hussein - Andromeda

2. Cakra Khan & Datuk Siti Nurhaliza - Seluruh Cinta

3. Kaka Azraff Feat Sleeq - Bukan Hal Aku

4. Reyza Hamizan Feat Caprice - Helah

5. Stacy & Ungu - Berteman Sepi

KOLABORASI TERBAIK (LAGU)

1. Dahsyat (Mojo) - Akhadiat Denny

2. Engkau (Datuk Siti Nurhaliza) - Ade Govinda

3. Jangan Coba Berlari (Sezairi) -Tulus

4. Pilihan Sejati (Aisyah Aziz) - Aizat Amdan

5. Selayaknya Aku (Aliff Aziz) - Faizal Tahir

ARTIS TERBAIK LELAKI

1. Cakra Khan - Kau Memilih Dia

2. Faizal Tahir - Assalamualaikum

3. Hazama - Sampai Mati

4. Judika - Apakah Ini Cinta

5. Taufik Batisah - Menakluk Cinta

ARTIS TERBAIK WANITA

1. Aisyah Aziz - Pilihan Sejati

2. Bunga Citra Lestari - Wanita Terbahagia

3. Datuk Siti Nurhaliza - Menatap Dalam Mimpi

4. Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah

5. Raisa - Jatuh Hati

LAGU TERBAIK (SINGAPURA)

1. Cinta - Man Toyak

2. Lisa - Iman's League The Lion Story

3. Melayu Di Kota Inggeris - Art Fazil

4. Menakluk Cinta - Taufik Batisah

5. Teruskan - Seyra

LAGU TERBAIK (MALAYSIA)

1. Assalamualaikum - Faizal Tahir

2. Hakeleh - Sona One

3. Malaikat - Hazama

4. Malam Ini Kita Punya - Bunkface

5. Mewangi - Akim & The Majistret

LAGU TERBAIK (INDONESIA)

1. Sakit Hati - Yovie & Nuno

2. Seperti Kemarin - Noah

3. Terburu Cinta - Angel Pieters

4. Terlalu Lama Sendiri - Kunto Aji

5. Wanita Terbahagia - Bunga Citra Lestari

LAGU TERBAIK APM Lagu Terbaik APM (Pemenang ditentukan pada malam APM)

ANUGERAH KATEGORI UNDIAN

* IKON MEDIA SOSIAL Ikon Media Sosial

1. Afgan

2. Bunga Citra Lestari

3. Hafiz

4. Maudy Ayunda

5. Noah

6. Shila Amzah

7. Sleeq

8. Taufik Batisah

9. Ungu

10. Yuna

ARTIS PALING POPULAR (SINGAPURA)

1. Aisyah Aziz

2. Art Fazil

3. Audionauts

4. Chomel

5. Iman's League

6. Klutz

7. Reyza

8. Hamizan

9. Ryan Sufiyan

10. Sezairi

11. Sleeq

12. Sufie Rashid

13. Taufik Batisah

LAGU PALING POPULAR (SINGAPURA)

1. Awak Kat Mana - Taufik Batisah

2. Andai Hatiku Bersuara - Chomel

3. Bintang Bersuara - Klutz

4. Cinta Kita - Ryan Sufiyan & Erlina

5. Dosaku - The Sallys

6. Gelap Malam -Ryan Sufiyan

7. Ingat - Sufie Rashid

8. Lisa - Iman's League

9. Marah Aku - Hydir Idris

10. Pilihan Sejati - Aisyah Aziz

11. Selamat Tinggal Sayang - Faridzuan Faris

12. Selfie - Hisyam Azmi

LAGU PALING POPULAR APM

1. Awak Kat Mana - Taufik Batisah

2. Hakeleh - SonaOne

3. Jaga Dia Untukku - Datuk Siti Nurhaliza

4. Lapang Dada - Sheila On 7

5. Lautan - Yuna

6. Pergi Pagi Pulang Pagi - Armada

7. Potret - Akim & The Majistret

8. Sampai Kau Jadi Milikku - Judika

9. Sampai Mati - Hazama

10. Satu Hari Di Bulan Juni - Tulus

11. Seluruh Cinta - Cakra Khan & Datuk Siti Nurhaliza

12. Wanita Terbahagia - Bunga Citra Lestari

ARTIS PALING POPULAR

1. Afgan

2. Akim & The Majistret

3. Cita Citata

4. Fatin Shidqia Lubud

5. Hafiz

6. Hazama

7. Raisa

8. Shila Amzah

9. Sleeq

10. Taufik Batisah

11. Tulus

12. Yuna

ANUGERAH RENTAS PLANET (Pemenang ditentukan pada malam APM)

ANUGERAH KHAS PLANET MUZIK (Pemenang ditentukan pada malam APM)

Berita Harian X