Ahad, 4 Oktober 2015 | 11:34pm
 FINALIS AF 2015, (dari kiri) Syamel, Bila, Sufi dan Shahrul melangkah ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara untuk edisi ke-13. - Foto Saifullizan Tamadi
FINALIS AF 2015, (dari kiri) Syamel, Bila, Sufi dan Shahrul melangkah ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara untuk edisi ke-13. - Foto Saifullizan Tamadi

Rachel, Lisa gagal ke final AF 2015

RACHEL (kiri) dan Lisa (kanan) tersingkir AF 2015 selepas mendapat undian terendah. - Foto Saifullizan Tamadi
RACHEL (kiri) dan Lisa (kanan) tersingkir AF 2015 selepas mendapat undian terendah. - Foto Saifullizan Tamadi

KUALA LUMPUR: Seperti yang dijangka Bila, Syameel, Sufi dan Shahrul mara ke peringkat akhir Akademi Fantasia (AF) 2015 yang bakal berlangsung minggu depan.

Semua pelajar berkenaan, melangkah ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara untuk edisi ke-13.

Pada persembahan separuh akhir, dua peserta iaitu Rachel dan Lisa tersingkir selepas mendapat undian terendah.

Juri tetap konsert AF 2015 diketuai oleh Datuk Ramli MS bersama dua juri jemputan yang diundang sekali lagi atas permintaan ramai iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Datuk AC Mizal.

Pada persaingan peringkat separuh akhir, Syameel dan Bila mendapat sorakan gemuruh kerana berjaya memberikan persembahan bertenaga dan mantap.

Kedua-dua mereka juga turut mendapat pujian dan komen positif dari semua juri.

Untuk tugasan solo, Syamel mempersembahkan lagu Cinta Yang Sempurna nyanyian Qanda, Sufi (Untukmu Ibu, nyanyian Exist), Shahrul (Gadis Jolobu, nyanyian Waris dan Datuk Hattan), Bila (Girl On Fire, nyanyian Alicia Keys), Rachel (Hi Hi Bye Bye nyanyian Cyndi Wang) dan Lisa (Masih Cinta nyanyian Kotak.

Tugasan lagu duet pula, Syamel membawakan lagu In Love With You bersama penyanyi Aizat Amdan, Sufi (Seluruh Cinta bersama Aisyah Aziz), Shahrul (Tak Kenal Maka Tak Cinta bersama Nourul Depp), Bila ( Pening bersama Bob AF), Rachel (Hati Ini Telah Dilukai bersama Azhael) dan Lisa (One Sweet Day bersama Forteen).

Final AF 2015 bakal berlangsung di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Ahad depan, 11 Oktober.

Berita Harian X