Jumaat, 23 Oktober 2015 | 8:56pm
NOTA yang dimuat naik Adele di laman Twitternya mengenai luahan hatinya meneruskan hidup dan kenapa album terbaharunya diberi judul 25.
NOTA yang dimuat naik Adele di laman Twitternya mengenai luahan hatinya meneruskan hidup dan kenapa album terbaharunya diberi judul 25.

Adele kembali 'merentan' dengan Hello

INSTAGRAM Adele.
INSTAGRAM Adele.

CUKUP sinonim dengan lagu yang sering bermain gejolak emosi atau lebih tepat dengan terma jiwa kacau atau 'merentan', Adele kini kembali mempertaruhkan single terbaharunya berjudul Hello.

Bahkan lagu yang pernah dinyanyikan sebelum ini yang pernah hits turut dikatakan ada kena mengena dengan dirinya. Hello bagai isyarat pengenalan dirinya kembali untuk menghangatkan arena muzik.

Single berkenaan turut menjadi simbolik kepada kedatangan album ketiganya berjudul 25. Gemar bermain dengan angka sebagai judul albumnya, terdahulu Adele pernah muncul dengan album 19 dan 21.

Album 21 diterbitkan pada 2011. Pada 2012, Adele pernah diundang menyanyikan lagu tema James Bond berjudul Skyfall. Hello sudah berada di pasaran sejak 20 November lalu.

Pernah mempunyai akaun Instagram di bawah nama @officialadele sebelum ini bagaimana dilihat kurang aktif.

Sekitar 22 jam lalu, penyanyi lagu Someone Like You dan 'Rolling in The Deep' ini memuat naik gambar pertamanya di laman Instagram di bawah akaun baharunya bernama Adele. Nama yang sama juga menjadi nama akaun rasmi Twitternya.

Setakat ini, Adele sudah memuat naik tiga keping gambar termasuk satu video yang mempromosikan lagu Hello. Dalam masa lebih sehari, Adele juga pantas menarik ramai pengikut di laman Instagram. Ketika ini sudah 753,000 pengikutnya di laman bergambar dan video popular itu.

"Saya sangat teruja untuk ini," ungkap Adele kala memuat naik gambar di laman Instagram yang turut dihubungkan di laman Twitter.

Menurut Adele lagi seperti nota yang dimuat naik di laman Twitternya tanggal 21 Oktober lalu.

"Maaf kerana mengambil masa yang lama untuk hadir dengan album baharu dan menyelesaikan masalah itu dan ini. Namun, kamu tahulah inilah namanya hidup," katanya.

Tambah Adele lagi, 25 memberikan simbolik kepada dirinya kini yang sudah mencecah 27 tahun.

"Menginjak usia 25 menjadi sebuah titik balik buat saya. Ia sebuah tamparan di tengah usia dua puluhan. Saya berada di hujung detik menjadi remaja dan menginjak ke dewasa. "Saya membuat keputusan untuk menjadi apa yang ingin saya lakukan selamanya tanpa meninggalkan semua beban masa lalu saya. Saya rindu dengan masa lalu itu, yang baik dan buruk, tetapi semua itu takkan kembali," katanya.

Video muzik juga sudah dirakamkan di sebuah kampung dekat Montreal, Kanada. Ia diarahkan Xavier Dolan. Menurut analisis di Billboard.com, album 25 dilihat memuatkan lagu penuh melankolik yang pastinya akan mengajak pendengar dan peminat Adele melayan perasaan jiwang sepertinya.

Berita Harian X