Ahad, 17 Januari 2016 | 10:53am
ISTERI Black dimasukkan ke hospital Jumaat lalu selepas keguguran. - Foto instagram Black
ISTERI Black dimasukkan ke hospital Jumaat lalu selepas keguguran. - Foto instagram Black

Black tabah hadapi dugaan isteri keguguran

Penyanyi, Black Hanifah.
Penyanyi, Black Hanifah.

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Black Hanifah reda menerima suratan takdir apabila isterinya, Naquia Yasirah atau dikenali sebagai Cira keguguran pada Jumaat lalu.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 29, berkongsi berita sedih itu menerusi akaun Instagram miliknya, tadi.

"Saya akan sentiasa berada di sisi awak sehingga ke hujung nyawa. Rezeki tidak berpihak kepada kita. Ujian ini bermakna Allah sayang pada kita," tulis beliau pada gambar yang dimuat naik di laman sosial peribadi itu.

Penyanyi lagu Mana Mungkin itu tampak tabah menempuh dugaan, sekali gus memberi sokongan moral buat isterinya.

Cira dibawa ke Pusat Perubatan Subang Jaya pada Jumaat lalu sebelum doktor memaklumkan kandungan yang berusia 12 minggu tidak dapat diselamatkan.

Terdahulu, kira-kira dua minggu lalu Black berkongsi perkhabaran gembira mengenai kehamilan isterinya. Pasangan yang mendirikan rumahtangga pada 13 September 2013 sebelum ini dikurniakan anak lelaki, Khaleef Dayyan, yang kini berusia setahun.

Berita Harian X