Ahad, 17 Januari 2016 | 4:41pm
PELAKON, Nabila Huda Suhaimi dan suami, Mohd Izwan Johar pada Majlis Sambut Menantu di kediaman bapanya, Suhaimi Abdul Rahman di Denai Alam. - Foto Adi Safri
PELAKON, Nabila Huda Suhaimi dan suami, Mohd Izwan Johar pada Majlis Sambut Menantu di kediaman bapanya, Suhaimi Abdul Rahman di Denai Alam. - Foto Adi Safri
SUAMI Nabila Huda, Mohd Izwan Johar (kiri) berpantun kepada bapa mertua, Suhaimi Abdul Rahman (kanan) pada Majlis Sambut Menantu di kediaman bapa mertua, Suhaimi Abdul Rahman di Denai Alam. - Foto Adi Safri

PELAKON, Nabila Huda Suhaimi (lima dari kiri) dan suami, Mohd Izwan Johar (empat dari kiri) bersama keluarga pada Majlis Sambut Menantu di kediaman bapanya, Suhaimi Abdul Rahman di Denai Alam.- Foto Adi Safri

Menantu jadi pengerat hubungan Amy, Nabila

PELAKON, Nabila Huda Suhaimi dan suami, Mohd Izwan Johar memotong pulut kuning pada Majlis Sambut Menantu di kediaman bapanya, Suhaimi Abdul Rahman di Denai Alam. - Foto Adi Safri
PELAKON, Nabila Huda Suhaimi dan suami, Mohd Izwan Johar memotong pulut kuning pada Majlis Sambut Menantu di kediaman bapanya, Suhaimi Abdul Rahman di Denai Alam. - Foto Adi Safri

SHAH ALAM: Kehadiran Mohd Izwan Johar, 32, ke dalam hidup Nabila Huda bukan sekadar membahagiakan dirinya, malah turut mengeratkan lagi hubungan pelakon itu dengan bapanya.

Nabila, 32, berkata dirinya amat bersyukur apabila silaturahim bersama ayah tercinta, Amy Search, kian erat terjalin dengan perkahwinan berkenaan.

Sebelum ini, hubungan Mohd Izwan dan Nabila menjadi bualan hangat apabila vokalis kumpulan rock legenda itu meluahkan kemarahan beliau di laman sosial Instagram.

Begitupun, segala kemelut menemui titik noktah apabila mereka bertemu meminta restu daripada Amy dan menyelesaikan masalah berkenaan secara baik.

"Enggan bercerita mengenai kisah lalu, fokus saya buat masa ini adalah untuk suami dan keluarga saja. Alhamdulillah, saya gembira apabila kehadiran suami diterima baik oleh keluarga. Sekali gus beliau menjadi pengerat hubungan kami sekeluarga.

"Kekangan masa sebelum ini menjadi punca kami susah untuk duduk meluangkan masa bersama-sama, namun sejak mendirikan rumah tangga, keutamaan diberikan kepada keluarga," katanya kepada BH Online.

Pada masa yang sama, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Akulah Balqis itu turut meluahkan kesyukuran dengan kelancaran majlis menyambut menantu bertemakan Melayu klasik yang berlangsung di rumah bapanya di Denai Alam, di sini, malam tadi.

Pasangan mempelai kelihatan anggun dan segak menggayakan persalinan rona hijau yang diserikan dengan kehadiran keluarga, rakan artis dan saudara mara terdekat.

Mengangkat tema turun-temurun adat Melayu, majlis dimulakan dengan acara berbalas pantun sebaik ketibaan Mohd Izwan di pintu masuk.

"Saya sendiri tidak menyangka majlis yang dirancang begitu meriah sekali. Sebanyak 10 khemah disediakan untuk tetamu yang hadir, dengan hidangan seperti nasi kukus Ilham, cendol, rojak, kuey teow dan banyak lagi.

"Malah, saya turut teruja mengenakan busana tradisional dan klasik kerana sekali gus ia berjaya mengimbau kembali khazanah turun-temurun kita.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kelancaran majlis menyambut menantu ini. Sanak-saudara dan rakan yang tidak berpeluang untuk hadir ke majlis terdahulu dapat menggunakan kesempatan ini untuk meraikan kami berdua," kata Nabila sambil tersenyum.

Antara selebriti yang hadir memeriahkan majlis termasuklah Ella, Fouziah Gous, Sharifah Sakinah, Dafi, Uqasha Senrose, Adeline Tsen, Amar Baharin, Yana Samsudin dan ramai lagi.

Nabila dan Mohd Izwan dinikahkan oleh Amy di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, di sini, pada 25 Disember lalu.

Berita Harian X