Jumaat, 18 March 2016 | 11:00pm
JIHAN bergambar bersama rakan artis yang hadir.
JIHAN bergambar bersama rakan artis yang hadir.

Jihan bakal diijabkabul Ahad

ARTIS komedi yang juga pengacara popular, Jihan Muse.
ARTIS komedi yang juga pengacara popular, Jihan Muse.

KUALA LUMPUR: Bakal diijabkabulkan Ahad ini, artis komedi yang juga pengacara popular, Jihan Muse bersyukur hasratnya untuk mendirikan rumah tangga menjadi kenyataan.

Menjalin percintaan selama sembilan tahun, Jihan atau nama lengkapnya, Nuur Jihan Muse, 33, terharu kerana bakal suaminya, Ungku Hariz Ungku Faizal, 31, memahami malah setia menemaninya ketika melewati susah dan senang.

"Alhamdulillah setelah sembilan tahun menyemai kasih akhirnya kami bakal disatukan sebagai suami isteri pada Ahad ini.

"Jadual yang padat antara faktor kami mengambil masa yang lama untuk berkahwin," katanya kepada BH Online sebentar tadi.

JIHAN bersama bakal suaminya, Ungku Hariz Ungku Faizal. - Foto Instagram Jihan Muse
JIHAN bersama bakal suaminya, Ungku Hariz Ungku Faizal. - Foto Instagram Jihan Muse

Jihan ditemui di majlis berinainya kelihatan anggun berkebaya nyonya berona merah jambu, pakaian sama dikenakan oleh kebanyakan tetamunya yang hadir bagi memeriahkan majlisnya malam ini.

"Seperti kawan rapat yang lain, saya juga memilih tema kebaya nyonya untuk digayakan pada malam ini.

"Saya sendiri menggemari imej tradisional dan menggunakan kesempatan ini untuk melunaskan impian itu.

"Seronok melihat tetamu yang hadir menepati tema yang dipilih. Semuanya anggun menghormati permintaan saya untuk memakai kebaya nyonya," katanya.

Jihan berharap agar majlis pernikahannya pada Ahad ini berjalan lancar dan meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat diri dan pasangannya.

JIHAN memilih tema kebaya nyonya untuk digayakan pada majlis berinainya malam ini.
JIHAN memilih tema kebaya nyonya untuk digayakan pada majlis berinainya malam ini.

Antara rakan artis yang hadir adalah Nad Zainal, Sharifah Sakinah, Marsha, Sherry Al Hadad, Nana Mahazan, Nabila Huda, Fara Fauzana, Rafidah Ibrahim dan Azza Elite.

Jihan dan bakal suaminya, Ungku Hariz Faizal, 31, bakal disatukan dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat di Shah Alam, Ahad ini.

Berita Harian X