Khamis, 21 April 2016 | 12:55pm

Album '25' jadikan Adele penyanyi muda terkaya

PENYANYI kelahiran London, Adele. - Sumber adele.com
PENYANYI kelahiran London, Adele. - Sumber adele.com

LONDON: Album paling laris Adele, '25' menyumbang 30 juta pound (RM175.06 juta) kepada kekayaan penyanyi kelahiran London itu, sekali gus meletakkan beliau pada kedudukan tertinggi dalam senarai penyanyi muda paling kaya di bawah usia 30 tahun akhbar Sunday Times, "Young Musicians 2016".

Hit popular dunia itu dilancarkan pada November lalu - merangsang kekayaan penyanyi berusia 27 tahun terbabit kepada 85 juta pound (RM474.10 juta) dan mengangkat beliau pada kedudukan ke-30 dalam senarai komposer dan penyanyi paling kaya di Britain dan Ireland keseluruhan pada 2016 akhbar berkenaan.

Paul McCartney berada pada kedudukan tertinggi senarai pemuzik kaya itu untuk dua tahun berturut-turut. Bekas ahli Beatle dan isterinya, Nancy Shevell mempunyai gabungan kekayaan sebanyak 760 juta pound (RM4.23 bilion), menurut Sunday Times, hari ini dengan peningkatan 30 juta pound (RM167.33 juta) tahun lalu.

McCartney kemudian diikuti komposer, Andrew Lloyd Webber dengan kekayaan 715 juta pound (RM3.98 bilion) sementara Rolling Stones muncul sebagai kumpulan penyanyi paling kaya di Britain dan Ireland dengan kekayaan empat ahlinya berjumlah 630 juta pound (RM3.51 bilion). - Reuters

Berita Harian X