Sabtu, 14 Mei 2016 | 11:09am
PENYANYI, Hafiz Suip sah bergelar suami kepada Nureffy Jasreel Abdullah dalam majlis akad nikah pagi tadi. - Foto ihsan Instagram Akim Ahmad

MAJLIS pernikahan Hafiz dan Nureffy berlangsung secara tertutup di kediaman pengantin perempuan di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak, kira-kira jam 10.30 pagi tadi. - Foto ihsan Instagram Akim Ahmad

DENGAN sekali lafaz, Hafiz Suip sah bergelar suami kepada Nureffy Jasreel Abdullah dalam majlis akad nikah pagi tadi. - Foto ihsan Instagram Official HLive

HAFIZ Suip. - Foto ihsan Ministy Of Moment

NUREFFY Jasreel Abdullah. - Foto ihsan Ministy Of Moment

Hafiz Suip-Nureffy Jasreel bernikah

HAFIZ Suip dan Nureffy Jasreel Abdullah. - Foto ihsan pembaca

KUALA LUMPUR : Dengan sekali lafaz penyanyi, Hafiz Suip, 26, sah bergelar suami kepada Nureffy Jasreel Abdullah, 23, dalam majlis akad nikah pagi tadi.

Majlis pernikahan penyanyi lagu Awan Nano itu berlangsung secara tertutup di kediaman pengantin perempuan di Laruh Skim, Kuching, Sarawak, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Ia hanya dihadiri oleh keluarga serta saudara terdekat kedua-dua mempelai.

Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Kasdinata Fauzi dengan mas kahwin RM120.

Hafiz dan pasangannya mengikat tali pertunangan pada 27 Februari 2015 di sebuah hotel di Kuching.

Hafiz dalam temu bual sebelum ini berkata, dia tertarik dengan sifat isterinya yang lemah lembut, matang dan menghormati orang tua.

Berita Harian X