Ahad, 15 Mei 2016 | 9:45pm

Majlis resepsi Hafiz berlangsung meriah

MAJLIS resepsi Hafiz dan isteri, Nureffy Jesreel berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Kuching, malam ini. - Foto Nadim Bokhari
MAJLIS resepsi Hafiz dan isteri, Nureffy Jesreel berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Kuching, malam ini. - Foto Nadim Bokhari

KUCHING: Majlis resepsi perkahwinan penyanyi, Hafiz Suip, dan isteri, Nureffy Jesreel Abdullah, berlangsung meriah dengan dihadiri lebih 1,000 ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, sebentar tadi.

Bertemakan persandingan 'English Garden', Hafiz dan Nureffy, mengenakan persalinan serba putih serta menggabungkan adat Melayu Sarawak.

Antara adat lama Melayu Sarawak yang jarang diamalkan ialah 'turun naik tangga' bagi melambangkan pasang surut kehidupan berumah tangga.

Antara rakan artis yang hadir ialah pengacara terkenal, Aznil Nawawi, dan penyanyi, Misha Omar.

BERTEMAKAN persandingan 'English Garden', Hafiz dan Nureffy, mengenakan persalinan serba putih. - Foto Nadim Bokhari
BERTEMAKAN persandingan 'English Garden', Hafiz dan Nureffy, mengenakan persalinan serba putih. - Foto Nadim Bokhari

Berita Harian X