Isnin, 29 Ogos 2016 | 1:56pm

Aliff, Bella berkahwin 9 September

PENYANYI, Aliff Aziz bersama tunangnya Bella Astillah (kanan) di Dewan Chinta Ndah, Shah Alam. - Foto Shazreen Zamzuri
PENYANYI, Aliff Aziz bersama tunangnya Bella Astillah (kanan) di Dewan Chinta Ndah, Shah Alam. - Foto Shazreen Zamzuri

KUALA LUMPUR: Penyanyi sensasi, Aliff Aziz, 25, mengesahkan dirinya akan diijabkabulkan bersama tunang, Bella Astilah, pada 9 September depan.

Bercakap kepada BH Online, penyanyi Sayang Sayang itu bagaimanapun memberitahu, majlis akad nikah akan diadakan secara tertutup pada sebelah pagi dengan hanya membabitkan ahli keluarga dan sanak-saudara.

"Pada sebelah malam hari yang sama, kami akan adakan pula majlis resepsi di Setia Alam.

"Saat ini, segala persiapan sudah hampir sempurna. Harapnya, semua perancangan akan berjalan dengan lancar," kata Aliff yang akan muncul dengan drama Meh Sandarkan Pada Aku tidak lama lagi.

Majlis berinai akan berlangsung pada 8 September.

Aliff dan Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 22 tahun, bertunang pada Disember tahun lalu.

Berita Harian X