Ahad, 1 Januari 2017 | 12:20pm
JULIA atau nama penuhnya Julia Bob Fauzi Ziegler. - Foto Instagram
JULIA atau nama penuhnya Julia Bob Fauzi Ziegler. - Foto Instagram
JULIA Ziegler bersama suaminya, Johan.
JULIA Ziegler bersama suaminya, Johan.

Julia Ziegler sah jadi isteri jurutera mekanikal pagi ini

JULIA ziegler sah bergelar isteri kepada Johan jam 11 pagi tadi. - Foto Instagram
JULIA ziegler sah bergelar isteri kepada Johan jam 11 pagi tadi. - Foto Instagram

KUALA LUMPUR: Selepas setahun berkenalan, pelakon berdarah campuran, Julia Ziegler, sah bergelar isteri kepada jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan dengan sekali lafaz.

Julia, 32, dan Johan, 33, bernikah di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kampung Baru dengan disaksikan keluarga terdekat.

Pada majlis berlangsung kira-kira 11 pagi ini, Julia menerima mas kahwin RM80 dan tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama.

Begitupun, atas persetujuan kedua-dua pihak, wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pasangan ini seterusnya diraikan dalam majlis keraian serba ringkas di lokasi sama pada sebelah petang.

DYNAS Mokhtar berkongsi gambar pengantin, Julia dan Johan menggayakan busana Suffian Tugiman.
DYNAS Mokhtar berkongsi gambar pengantin, Julia dan Johan menggayakan busana Suffian Tugiman.

"Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih dan semoga fasa baharu ini akan terus memberi keindahan berpanjangan," kata pelakon filem Jangan Tegur itu.

Mengenai suaminya yang juga berdarah campuran, Julia atau nama penuhnya Julia Bob Fauzi Ziegler menyifatkan lelaki itu hampir sempurna untuk dirinya.

"Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.

"Saya percaya, beliau jodoh terbaik untuk saya dan memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya," kata Julia sambil memberitahu, Johan banyak mengubah kehidupannya sejak mereka saling mengenali.

Sebelum berkahwin, pelakon itu sempat menjayakan penggambaran drama bersiri 26 episod, Selamat Malam Tan Sri, arahan Raja Mukhriz. Dalam drama yang turut dibintangi Haliza Misbun dan Datuk Eizlan Yusof itu, beliau memegang watak isteri kedua seorang lelaki bergelar Tan Sri.

Berita Harian X