Khamis, 19 Januari 2017 | 3:29pm
NABILA menerima tawaran menjayakan drama rantaian 100 episod bersama produksi Global Station. - Foto Instagram
NABILA menerima tawaran menjayakan drama rantaian 100 episod bersama produksi Global Station. - Foto Instagram

Nabila Huda kembali fokus pada lakonan

NABILA berazam untuk kembali fokus kepada bidang berkenaan sepanjang tahun ini. - Foto Rohanis Shukri
NABILA berazam untuk kembali fokus kepada bidang berkenaan sepanjang tahun ini. - Foto Rohanis Shukri

KUALA LUMPUR: Selepas agak lama bercuti daripada lakonan, Nabila Huda, 32, berazam untuk kembali fokus kepada bidang berkenaan sepanjang tahun ini.

Bintang Munafik itu memberitahu, beliau juga sudah menerima pelbagai tawaran lakonan bagi tahun baharu ini dan bersyukur apabila suaminya, Mohd Izwan Johar atau Bert, 33, turut memahami kerjaya diceburinya.

"Saya sudah berehat terlalu lama pada tahun lalu, jadi rasanya lebih baik saya kembali aktif berlakon mencari rezeki. Alhamdulillah, Bert cukup memahami kerjaya saya dan tidak merungut mengenai hal itu.

"Kini, tiba masanya untuk saya meneruskan momentum sebagai pelakon dan memberikan yang terbaik kepada peminat. Jadual pada tahun ini juga agak penuh apabila deretan tawaran sudah pun diterima.

NABILA dan suaminya, Mohd Izwan Johar. - Foto Rohanis Shukri
NABILA dan suaminya, Mohd Izwan Johar. - Foto Rohanis Shukri

"Sejurus selepas pulang dari Langkawi bagi menjayakan telefilem di bawah produksi Didie Alias, saya meneruskan pula penggambaran bersama Nazim Othman," kata anak kepada penyanyi rock, Amy Search, ini kepada BH Online.

Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-28 ini juga menerima tawaran menjayakan drama rantaian 100 episod bersama produksi Global Station.

Nabila dan Mohd Izwan selamat diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pada 25 Disember 2015. Menerusi perkahwinan pertamanya bersama Zaidi Zailani (2008 - 2011), Nabila dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Keisha Laila.

Berita Harian X