X
Selasa, 7 March 2017 | 12:01pm
Nora Danish menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 34 hari ini. - Foto ihsan Instragram Nora Danish
Nora Danish menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 34 hari ini. - Foto ihsan Instragram Nora Danish

Ucapan Laudya beri bayangan hari bahagia Nora Danish

Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella turut mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Nora. - Foto ihsan Instragram Nora Danish
Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella turut mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Nora. - Foto ihsan Instragram Nora Danish

KUALA LUMPUR: Ucapan selamat hari lahir artis Indonesia, Laudya Cynthia Bella, kepada Nora Danish, hari ini, bagai memberikan isyarat hari bahagia pelakon wanita itu akan tiba dalam masa terdekat.

Nora yang berlakon dengan aktres berkenaan dalam filem Surga Yang Tak Dirindukan 2, menyambut ulang tahun kelahirannya ke-34, hari ini.

Dalam filem yang mendapat sambutan baik penonton itu, beliau berlakon sebagai Sheila, iaitu pembantu kepada watak Bella lakonan Laudya.

"Selamat hari lahir Sheila (merujuk kepada watak Nora). Didoakan kamu kebahagiaan yang terbaik, kesihatan dan kekayaan berpanjangan selalu. Amin ya Allah. Jumpa kamu di KL tak lama lagi ya," tulis Laudya di laman Instagramnya berserta gambar mesra mereka berdua.

Nora dan bakal suaminya Nedim di Perth, Australia menonton konsert Justin Bieber. - Foto ihsan Instragram Nora Danish
Nora dan bakal suaminya Nedim di Perth, Australia menonton konsert Justin Bieber. - Foto ihsan Instragram Nora Danish

Nora pula membalas ucapan berkenaan dengan menulis: "Terima kasih sayang. Love u my Bella. Amin. Jumpa kamu nanti."

Berdasarkan perbualan berkenaan, Nora berkemungkinan besar turut menjemput pelakon dan penyanyi itu untuk menghadiri majlis perkahwinannya yang dikatakan akan berlangsung dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, ketika menjawab pertanyaan BH Online sama ada perkahwinannya akan diadakan pada hujung bulan ini atau awal bulan depan, seperti yang digembar-gemburkan, Nora hanya memberikan ungkapan ringkas, tetapi cukup simbolik.

"Insya-Allah, itu saja," katanya.

Nora ketika ini berada di Perth, Australia untuk bercuti. Selain itu, beliau turut menerima hadiah istimewa daripada kekasih hatinya, Nedim Nazri, iaitu tiket menonton konsert penyanyi sensasi, Justin Bieber.

Sebelum ini, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Mereka berkahwin pada Jun 2006 dan bercerai kira-kira dua tahun kemudian.

Nedim pula duda anak satu selepas dikatakan bercerai dengan bekas isteri, Nabilah Khan, pada 2013.

Berita Harian X