Ahad, 9 April 2017 | 11:31pm
PERSEMBAHAN pada Anugerah DFKL 2017 di PICC, Putrajaya. - Foto Aswadi Alias

7 Hari Mencintaiku raih enam trofi DFKL

BARISAN pelakon 7 Hari Mencintaiku bersama trofi Drama Pilihan pada Anugerah DFKL 2017 di PICC, Putrajaya. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
BARISAN pelakon 7 Hari Mencintaiku bersama trofi Drama Pilihan pada Anugerah DFKL 2017 di PICC, Putrajaya. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

PUTRAJAYA: Drama popular, 7 Hari Mencintaiku menang besar apabila menggondol enam trofi pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.

Drama yang diadaptasikan daripada novel Siti Rosmizah terbitan Pena Creative itu menjadi pilihan pengundi untuk diangkat sebagai Drama Pilihan.

Pengarah drama 7 Hari Mencintaiku, Jamal Khan diundi sebagai Pengarah Pilihan manakala trofi Penulis Skrip Pilihan dimenangi PGRs Team.

Keserasian gandingan pelakon utama drama iaitu Shukri Yahaya dan Siti Saleha juga diangkat peminat sebagai Pasangan Pilihan.

Namun, ramalan melihat pasangan ini mendominasi kategori Aktor Pilihan dan Aktres Pilihan meleset.

Hanya Shukri Yahaya berjaya menjadi pilihan peminat sebagai Aktor Pilihan. Malangnya, Siti Saleha tewas di tangan Mira Filzah yang memenangi trofi Aktres Pilihan.

Menambah pungutan trofi, lagu Lelaki Teragung dendangan Dayang Nurfaizah yang menjadi runut bunyi (OST) drama 7 Hari Mencintaiku, diumumkan sebagai Lagu Pilihan.

Sebelum ini, drama 7 Hari Mencintaiku yang disiarkan di slot Akasia, mencetus fenomena apabila mencatat 12 juta tontonan sepanjang disiarkan TV3.

Sementara itu, drama Patahnya Sebelah Sayap tidak pulang dengan tanpa kosong apabila pelakonnya, Izzue Islam memenangi trofi Antagonis Pilihan. Anugerah DFKL 2017 yang disiarkan secara langsung oleh TV3, menampilkan gandingan pengacara AG, Rita Rudaini dan Sherry Alhadad.

PENYANYI, Dayang Nurfaizah bersama trofi Lagu Pilihan pada Anugerah DFKL 2017 di PICC, Putrajaya. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
PENYANYI, Dayang Nurfaizah bersama trofi Lagu Pilihan pada Anugerah DFKL 2017 di PICC, Putrajaya. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

PELAKON, Siti Saleha dan Shukri Yahya bersama Trofi Pasangan Pilihan pada Anugerah DFKL 2017 di PICC, Putrajaya. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
PELAKON, Siti Saleha dan Shukri Yahya bersama Trofi Pasangan Pilihan pada Anugerah DFKL 2017 di PICC, Putrajaya. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Senarai Pemenang

Drama Pilihan : 7 Hari Mencintaiku (Pena Creative)

Aktor Pilihan : Shukri Yahaya (7Hari Mencintaiku)

Aktres Pilihan : Mira Filzah (Cinta Si Weeding Planner)

Pengarah Pilihan : Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku)

Penulis Skrip Pilihan : PGRs Team (7 Hari Mencintaiku)

Lagu Pilihan : Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah: 7 Hari Mencintaiku)

Pasangan Pilihan : Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)

Antagonis Pilihan : Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap)

Drama Pilihan Tonton VIP: Meh Sandar Pada Aku

Drama Radio Pilihan: Terima Kasih EX

Drama Pendek Pilihan: Kongsi Kalau Malu (Mohammed Shafie Seyed Mohamed, Syalikh Nazrul, Ridhwan Uvaise)

Berita Harian X