Khamis, 3 September 2015 | 11:29am

Samsung lancar telefon pintar baharu Galaxy Note5, S6 edge+

Samsung Galaxy Note5
Samsung Galaxy Note5

PETALING JAYA: Samsung Malaysia Electronics hari ini melancarkan dua model telefon pintar terbaharunya, Samsung Galaxy Note5 dan Galaxy S6 edge+ bagi pasaran negara ini.

Kedua-dua peranti itu mempunyai ciri utama seperti teknologi skrin terbaik, kamera paling maju untuk kualiti gambar dan video yang tinggi, pengecas cepat tanpa wayar terbaharu dan berwayar serta pemproses yang kuat.

Galaxy Note5 dijual pada harga RM2,699 seunit termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu emas platinum dan putih mutiara.

Galaxy S6 edge+ pula dijual pada harga RM3,099 termasuk GST yang juga boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu emas platinum dan hitam Sapphire.

Peranti berkenaan ditawarkan dengan pilihan simpanan 32GB bermula esok.

Samsung Galaxy S6 edge+
Samsung Galaxy S6 edge+

Berita Harian X