X
Khamis, 28 April 2016 | 9:38am
KEDAI pameran Samsung Electronics di Seoul, Korea Selatan memperagakan telefon pintar Galaxy S7 dan S7 Edges. - Foto AP
KEDAI pameran Samsung Electronics di Seoul, Korea Selatan memperagakan telefon pintar Galaxy S7 dan S7 Edges. - Foto AP

Keuntungan Q1 Samsung melonjak 13.4 peratus

SEOUL: Samsung Electronics, pembuat telefon pintar terbesar dunia mencatatkan peningkatan keuntungan bersih 13.4 peratus bagi suku pertama tahun ini dengan dibantu pengenalan edisi baharunya, Galaxy S7 di pasaran.

Pendapatan bersih bagi tempoh Januari-Mac merekodkan 5.25 trilion won (AS$4.56 bilion), melonjak daripada 4.63 trilion won pada tempoh suku pertama tahun lalu.

Prestasi kewangan itu tentunya melegakan pemenang saham selepas kecewa dengan prestasi tahun 2015 yang menyaksikan Samsung kehilangan lebih AS$8.0 bilion nilai pasaran apabila perniagaan telefon pintar disaingi hebat oleh Apple menerusi iPhone dan produk perisian rendah lain dari China seperti Huawei dan Xiaomi.

Bagi mempertahankan perkongsian pasaran produk telefon pintar, Samsung memperkenalkan versi terbaharu Galaxy S7 pada Mac - sebulan lebih awal berbanding tahun lalu dan mendahului pesaingnya.

"Suku pertama menyaksikan pendapatan pertumbuhan keseluruhan dijana oleh jualan yang memberangsangkan Galaxy S7 dan S7 Edge," kata firma gergasi Korea Selatan itu kepada bursa saham. - AFP

Berita Harian X