Jumaat, 20 April 2018 | 9:01am
ANTARA busana rekaan jenama Infinence yang ditampilkan Sahajidah Hai-O Marketing. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Koleksi anggun serlah kelainan

KUALA LUMPUR : Kerjasama antara pereka fesyen tempatan dan artis popular dengan pengeluar jenama fesyen dianggap perkongsian pintar yang baik untuk menarik pelanggan membeli produk mereka.

Sejak kebelakangan ini ia seakan menjadi aliran bagi gabungan seumpama, sekali gus menghangatkan industri fesyen tempatan.

Tidak ketinggalan syarikat jualan langsung, Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd (SHOM), turut melakukan strategi sama apabila mereka turut mengadakan kerjasama dengan pereka tempatan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang bercita rasa tinggi.

Untuk menghangatkan sambutan Aidilfitri tahun ini, SHOM tampil dengan koleksi busana rekaan dari syarikat itu sendiri yang menggunakan jenama eksklusif Infinence.

Rekaan busana itu adalah gabungan dua perkataan iaitu Infinite dan Excellence, dibangunkan sejak dua tahun lalu yang membawa konsep rekaan anggun bertemakan 'Kesederhanaan dalam Kemewahan'.

Infinence menampilkan empat rekaan busana kurung moden dan gaun panjang. Koleksi didatangkan bersama tiga warna menarik antaranya hitam dan merah jambu; hitam dan biru tua serta krim pastel.

Lebih menyerlah rekaan menggunakan fabrik renda dengan kemasan tampalan batu permata.

Koleksi itu sesuai untuk mereka yang mencari kelainan rekaan sambutan Aidilfitri, di samping syarikat itu memilih selebriti Fazura Sharifuddin sebagai duta produknya.

Tidak ketinggalan tahun ini, SHOM mengadakan kerjasama dengan ikon fesyen antarabangsa, Prof Datuk Jimmy Choo dan pereka terkemuka, Rizman Ruzaini.

Aksesori wajib kasut, beg tangan

Justeru, pereka itu, menghasilkan koleksi Hijab Infinence X Rizman Ruzaini, pastinya memenuhi manis tampil bergaya pada pagi Aidilfitri.

Sentuhan pereka fesyen berbakat itu, menampilkan lima corak tudung bersama kerongsang eksklusif RR.

Terdapat dua saiz untuk hijab bercorak, iaitu shawl panjang dan empat segi pelbagai warna termasuk rona lembut untuk mereka yang memilih gaya lebih segar.

Tidak lengkap penampilan anggun tanpa koleksi kasut dan beg tangan eksklusif, koleksi menggunakan 100 peratus kulit tulen inspirasi Jimmy Choo, bertindak penasihat fesyen syarikat.

Istimewanya, koleksi kasut Infinence memberi keselesaan kerana ditambah pelapik tenaga pada bahagian tapaknya.

Pelapik khas berfungsi mengurangkan keletihan kaki walaupun bertumit tinggi untuk pemakaian dalam tempoh yang lama.

Koleksi beg tangan Infinence itu sesuai digayakan oleh semua peringkat usia.

Himpunan koleksi Aidilfitri sudah ada di pasaran dan rekaan itu juga dipertontonkan dalam pertunjukan pentas Gaya Koleksi 2018 (#GKR) berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

Bagi pelanggan yang berminat boleh membuat pembelian terus daripada pengedar sah atau secara dalam talian di platform e-commerce Sahajidah Hai-O, Bizumer.

Berita Harian X