Isnin, 4 Jun 2018 | 12:50pm
ANTARA koleksi Eid Mubarak yang dilancarkan Fana Couture di Elit World, Istanbul.

Pereka tempatan lancar koleksi raya di Istanbul

KUALA LUMPUR: Jenama fesyen tempatan, Fana Couture mengambil langkah berani melancarkan koleksi Eid Mubaraknya di Istanbul, berbanding pereka tempatan yang tertumpu di negara ini.

Dengan perincian ringkas setiap koleksi pakaian dan tudung sedia dipakai (RTW), buah tangan Aidilfitri pengasas Fana Couture, Mohd Faizal Mat Nayan bersama isterinya, Azyliana Azam menampilkan kelainan tersendiri.

Bagi Mohd Faizal, 34, berkata pelancaran di Elit World, Istanbul, baru-baru ini memberikan pengalaman cukup berharga apatah lagi berpeluang bekerjasama pereka ternama Turki, Lazaza Gulcan.

Katanya, pakaian dan tudung RTW diilhamkan dengan konsep sopan, rekaan sederhana dengan rona lembut, mencerminkan gaya ringkas tanpa menjejaskan ciri elegan.

"Bertitik tolak konsep itu, koleksi baharu ini menjanjikan kehalusan dan ketelitian dalam setiap rekaan tudung segera, baju kurung moden dan jubah yang dihasilkan lain daripada yang lain.

ANTARA koleksi Eid Mubarak yang dilancarkan Fana Couture di Elit World, Istanbul.
ANTARA koleksi Eid Mubarak yang dilancarkan Fana Couture di Elit World, Istanbul.

"Ini gaya mewah kami pertaruhkan pada Aidilfitri ini sekali gus menonjolkan ciri fesyen Muslimah penuh keayuan, feminin dan bergaya ringkas," katanya.

Beliau yang memiliki empat butik masing-masing di Bangi Sentral, Shah Alam, Kuala Terengganu dan Sungai Petani, berkata meskipun mencirikan rekaan ringkas, kepelbagaian rona lembut memperlihatkan motif mewah daripada corak yang dipadankan bersama.

"Justeru koleksi Eid Mubarak 2018 ini adalah berbaloi untuk dimiliki setiap wanita tanpa mengira usia, latar belakang dan status.

"Dengan tawaran harga mampu milik, koleksi ini bukan saja sesuai digayakan pada hari lebaran, malah boleh dipakai ketika menghadiri jemputan tertentu juga acara formal," katanya yang mengasaskan jenama Fana Couture sejak 2010.

Tambahnya, pihaknya mengharapkan koleksi terbaru itu mampu melengkapi setiap keinginan wanita untuk tampil anggun sempena kedatangan Aidilfitri kelak.

"Cita rasa wanita moden mahu gaya ringkas, menonjolkan kelainan, berbanding rekaan sarat perincian," katanya.

ANTARA koleksi Eid Mubarak yang dilancarkan Fana Couture di Elit World, Istanbul.
ANTARA koleksi Eid Mubarak yang dilancarkan Fana Couture di Elit World, Istanbul.

Berita Harian X