Jumaat, 10 Mei 2019 | 10:00am
KOLEKSI jam Blue Color - Longines HydroConquest L37814966

Gaya mewah, prestasi terunggul

Kegemilangan dan kemeriahan menyambut Syawal lebih terasa tatkala diraikan bersama sanak-saudara, rakan serta jiran tetangga, selain dapat berpakaian indah.

Tambah anggun penampilan di pagi Aidilfitri digayakan dengan aksesori bersesuaian.

Alangkah menariknya, jika dapat menyarung jam tangan dari jenama ternama seperti Longines.

Sempena musim perayaan ini, jenama jam tangan mewah Longines dari Saint-Imier, Switzerland sewajarnya menjadi pilihan anda untuk dimiliki berikutan pelbagai ciri-ciri unik, eksklusif dan mampu menandingi jenama dunia.

Berita Menarik!! Longines memperkenalkan koleksi terbaharu, HydroConquest yang begitu mempesonakan.

Berada di barisan hadapan dalam pembuatan jam tangan, koleksi berkenaan tampil memberikan nafas baharu kepada penggemar jenama terulung ini.

Membangunkan kepakarannya dalam dunia sukan, Longines memperluaskan koleksi HydroConquest tahun ini dengan menawarkan jam tangan lebih ke hadapan menerusi varisi berkenaan.

Komited membangunkan kepakarannya dalam pertukangan hasil seni jam tangan berkualiti, koleksi Longines HydroConquest menggabungkan elemen teknikal berkualiti dan suntikan nilai tradisi sebagai ciri utama jam tangan keluarannya.

Kehalusan seni reka diperhebatkan dengan suntikan seramik berwarna pada permukaan bezel jam dengan gaya moden.

Inovasi baharu untuk penyelam

Model terbaharu ini diperhalusi daripada inspirasi dunia sukan akuatik yang hebat. Koleksi istimewa dengan sentuhan ikonik ini menjadi pelengkap kepada pencinta dasar laut yang mengagungkan keindahan alam.

Lebih istimewa, ciri khas koleksi ini memiliki kuasa kalis air sehingga kedalaman 300 meter, bezel berputar sehala, lengkap dengan ciri skru logam bawah, penutup belakang, kemasan perlindungan logam selain pengancing keselamatan berganda khusus untuk aktiviti menyelam.

Penggunaan seramik dengan daya ketahanan terhebat dan inovatif model HydroConquest ini menerusi bezel, salah satu komponen penting dalam pembuatannya.

Terjemahan jam tangan ini turut dizahirkan menerusi seni ketukangan yang penuh ketelitian, iaitu anti calar dan tampil dengan padanan warna dial dengan ciri moden dan sporty kepada si pemakai.

KOLEKSI jam Black color - Longines HydroConquest L37824569

Model HydroConquest

Model HydroConquest ini mendapat penambahbaikan dengan seramik yang lebih inovatif secara teknikal di bahagian bezelnya.

Cermin jam ini juga anti calar warna sepadan dengan muka jam berkenaan dan dicantikkan lagi dengan rekaan yang lebih moden dan sporty.

Lebih menarik ialah kedua-dua jarum tanda jam dan minitnya kelihatan sangat tajam dengan warna kontras kelabu, hitam dan biru yang agak gelap menerusi teknologi Super-LumiNova.

Mementingkan gaya kontemporari jam ini juga lebih ergonomik dan selesa dengan tali jam diberi nafas baharu pada rekaan ini. Warna tali direka sepadan bersama dail jam dengan penggunaan logam menggabungkan keluli bermutu tinggi.

Pilihan terletak di tangan anda sama ada mahukan model saiz 41 milimeter (mm) dan 43 mm yang mengetengahkan tiga fungsi termasuk kalendar, sementara versi 41 mm untuk model konograf bagi variasi baharu ini dengan menawarkan prestasi unggul dan anggun sebagai pelengkap gaya.

Longines yang diperkenalkan sejak 1832 sentiasa berusaha menawarkan jam tangan yang menggabungkan ciri kepakaran dalam pembuatannya dengan nilai tradisi dalam seni pertukangan.

Menerusi pengalaman kukuh sebagai penyedia waktu rasmi untuk kejohanan dunia dan rakan sekutu kepada sukan bertaraf antarabangsa. Jenama ini sudah pun mencipta hubungan dan jangka masa panjang terhadap dunia sukan puluhan tahun lamanya.

Terkenal dengan menampilkan jam tangan elegan kepada peminatnya, Longines juga adalah ahli di bawah peneraju pembuat jam tangan dunia, Swatch Group Ltd.

Jenama terkemuka ini juga sudah pun melebarkan sayapnya ke lebih 150 negara di seluruh dunia.

Klik gambar di bawah untuk muat turun borang penyertaan:

Berita Harian X