Isnin, 13 Mei 2019 | 4:33pm

Adira tampil dengan rekaan tudung Hermanas

PETALING JAYA: Penyanyi Adira Suhaimi, mengumumkan kerjasama dengan pengeluar tudung jenama Hermanas bersempena kempen raya 2019 kali ini.

Pelancaran Koleksi Raya Hermanas x Adira, menampilkan tudung bawal material berkualiti tinggi iaitu Premium Cotton Voile yang mudah dibentuk dan tidak mudah kedut. 

Pengasas Hermanas, Syed Zulhilmi Tuan Syarif dan isteri, Zulaikha Mohamad berkata, koleksi istimewa itu boleh didapati sepanjang bulan Mei dan Jun ini. 

“Menerusi pelancaran Koleksi Raya Hermanas X Adira ini, kami berharap Hermanas akan lebih dikenali ramai. Sehingga kini , pelanggan kami turut berada di negara luar seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Australia dan Arab Saudi”, katanya.

Beliau berkata, rekaan Bawal Hermanas berbeza bawal sedia ada di pasaran kerana material digunakan daripada fabrik berkualiti dan memberi keselesaan kepada pemakai selain harga ditawarkan cukup berpatutan.

Sementara itu, pemilihan Adira disifatkan sesuai berikutan penyanyi itu kini tampil dengan imej muslimah.

"Adira adalah pilihan tepat sebab salah satunya dia sendiri bertudung. Cara pemakaian tudung mengikut trend dan kemas bersesuaian tudung bawal Hermanas. “ katanya.

Pada majlis berkenaan, turut menyaksikan Adira menandatangani sehelai tudung istimewa edisi terhad berkenaan yang akan dibuka untuk bidaan bermula dengan RM1,000. Wang hasil lelongan itu akan disalurkan ke badan kebajikan sempena menyambut Aidilfitri nanti.

Info:

Koleksi Raya Hermanas X Adira tawar 12 rekaan keseluruhan.

* Enam rekaan pertama akan dilancarkan pada Mei dan seterusnya pada awal Jun depan.

* Setiap rekaan ada lebih 5 kombinasi warna

* Harga RM69

* Promosi raya tiga helai RM 197 dan penghantaran percuma berserta kotak khas.

Berita Harian X