X
Selasa, 21 Januari 2020 | 9:09am
Jenama terkenal barang kemas, Habib Jewels tampil dengan idea mempesonakan apabila mengeluarkan koleksi syiling emas 999 seberat 0.2 gram (g) sempena promosi Tahun Baharu Cina Habib.
Jenama terkenal barang kemas, Habib Jewels tampil dengan idea mempesonakan apabila mengeluarkan koleksi syiling emas 999 seberat 0.2 gram (g) sempena promosi Tahun Baharu Cina Habib.

Koleksi syiling emas Habib sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR: Jenama terkenal barang kemas, Habib Jewels tampil dengan idea mempesonakan apabila mengeluarkan koleksi syiling emas 999 seberat 0.2 gram (g) sempena promosi Tahun Baharu Cina Habib yang berlangsung sekarang hingga 27 Januari ini.

Koleksi syiling emas dengan pelbagai corak ini adalah kali pertama diperkenalkan dan ia dijual pada harga RM98 saja dalam usaha memberi kepelbagaian kepada masyarakat Cina untuk memberi angpau pada Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.

Penghasilan koleksi ini juga dilihat mampu menjadi alternatif kepada pembeli untuk memberi syiling emas sebagai angpau kepada ahli keluarga dan teman, selain turut mengeluarkan jongkong emas seberat 5 g edisi terhad sempena tahun Tikus, tahun ini.

Disamping koleksi istimewa itu, Habib turut mengeluarkan koleksi yang merangkumi set emas putih bertatahkan berlian, set batu zamrud, set batu delima dan juga set mutiara South Sea.

Kesemua koleksi Tahun Baharu Cina Habib 2020 boleh didapati di cawangan Habib seluruh negara.

Dapatkan promosi istimewa sehingga 27 Januari ini seperti diskaun RM8 per gram bagi barang kemas dan hadiah misteri bagi setiap pembelian RM2,000 ke atas.

Berita Harian X