Jumaat, 18 Mei 2018 | 11:34am

Aneka 150 sajian lazat di PNB Perdana

KUALA LUMPUR: Raikan suasana damai Ramadan yang mulia ini bersama keluarga dengan menikmati sajian berbuka puasa di PNB Perdana On The Park, Kuala Lumpur (PNB Perdana).

Menu bertemakan Nostalgia Desa Ramadan menampilkan masakan menu kampung, PNB Perdana milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyajikan 150 aneka juadah untuk hidangan iftar.

Pengurus Besar PNB Perdana, Taha Zainal berkata, bukan saja masakan Melayu tradisional, pihaknya juga menampilkan pelbagai pilihan menu antarabangsa menepati selera tetamu.

"Sambil menikmati sajian enak berbuka puasa dengan keluarga dan teman dalam suasana moden kontemporari, pelanggan berpeluang menyaksikan panorama indah berlatar belakang pemandangan bandaraya Kuala Lumpur, di The 39 Restoran yang terletak di tingkat 11.

"Bagi pelanggan yang inginkan suasana desa dengan dekorasi lebih klasik, pelbagai sajian enak juga disajikan di 10 Binjai Restoran, terletak di tingkat bawah," katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

ANTARA menu makanan yang dihidangkan sempena promosi buffet ramdhan di Hotel PNB Park, Kuala Lumpur. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

PENGARAH Urusan Perdana PNB Hotel, Taha Zainal (kanan) menunjukkan juadah berbuka puasa yang ditawarkan sempena promosi Buffet Ramdhan di Hotel PNB Park, Kuala Lumpur. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Sotong lemak buka selera

Di The 39 Restoran menyajikan nasi minyak badam, berlaukkan ayam masak merah, daging salai percik, ikan pari asam pedas, sotong lemak cili padi serta kacang panjang goreng taugeh.

Bufet Ramadan di Restoran 10 Binjai pula, menyajikan pilihan masakan kampung lain, antaranya nasi beriani kismis dengan ayam masak beriani, daging rendang, ikan tenggiri masak taucu, kupang sambal bawang dan sayur kubis masak lemak.

ANTARA menu makanan yang dihidangkan sempena promosi buffet ramdhan di Hotel PNB Park, Kuala Lumpur. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

ANTARA menu makanan yang dihidangkan sempena promosi buffet ramdhan di Hotel PNB Park, Kuala Lumpur. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Taha berkata, pelanggan juga dihidangkan dengan sajian berkonsep gerai atau 'Live cooking stall'. Pilihan yang disediakan antaranya aneka jenis mi, murtabak dan roti jala, selain kambing bakar, ayam golek madu Lembah Pantai dan makanan laut.

Pakej bufet Ramadan di 39 Restoran dan Restoran 10 Binjai ditawarkan pada harga antara RM98 hingga RM123 (dewasa) dan RM49 hingga RM61.50 (kanak-kanak).

Untuk pertanyaan hubungi 0374903939 dan 03 74903838 atau layari laman sesawangnya www.pnbperdanaonthepark.com

ANTARA menu makanan yang dihidangkan sempena promosi buffet ramdhan di Hotel PNB Park, Kuala Lumpur. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
Berita Harian X