X
Rabu, 11 Disember 2019 | 9:28am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Video pendidikan seks KPWKM tarik lebih 279 juta tontonan

KUALA LUMPUR: Video pendidikan seks untuk kanak-kanak di Youtube oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berjaya menarik seramai lebih 279 juta tontonan, sejak dilancarkan Jun lalu.

Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh, berkata berdasarkan maklum balas ia turut memberikan impak yang positif di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Katanya, melihat kesedaran mengenai pendidikan seksual dalam kalangan kanak-kanak dan ibu bapa atau penjaga itu boleh memastikan kanak-kanak faham mengenai kepentingan menjauhkan diri daripada perlakuan yang mencurigakan oleh orang lain.

“Kita berharap mereka juga boleh berkongsi masalah.

“Anak boleh memberitahu ibu bapa dan kemudian melaporkan ke Talian Kasih 15999.

Gambar fail, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Timbalannya, Yeoh (kanan) ketika melancarkan video pendidikan seks kanak-kanak, baru-baru ini. - Foto
Gambar fail, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Timbalannya, Yeoh (kanan) ketika melancarkan video pendidikan seks kanak-kanak, baru-baru ini. - Foto

“Kita juga akan menyediakan beberapa buah video pendidikan seksual lagi yang dihasilkan dengan kerjasama antara KPWKM, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Dana Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) dan NGO yang aktif dalam perlindungan kanak-kanak, pada tahun depan.

“Penghasilan video yang pelbagai ini adalah untuk memastikan mesej dapat disampaikan kepada setiap peringkat umur kanak-kanak dan orang dewasa,” katanya.

Beliau berkata, dengan masalah gangguan seksual dan isu lain membabitkan kanak-kanak, pihaknya mencadangkan negara perlu menambah bilangan Pelindung Kanak-kanak untuk menangani isu berkaitan

“Pelbagai jenayah dilakukan terhadap kanak-kanak dengan pengabaian mencatat jumlah tertinggi sebanyak 13,486, manakala penderaan fizikal dan seksual masing-masing berjumlah 10,046 dan 8,112 pada 2011 hingga tahun lalu.

Berita Harian X