Rabu, 17 Jun 2020 | 2:20pm

Sunway Lagoon kekal praktis SOP keselamatan dan kesihatan pengunjung

Membiasakan diri dengan norma baharu, Sunway Lagoon terus komited dengan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan memberi garis panduan keselamatan dan kesihatan buat pengunjung. 

Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Calvin Ho, berkata mereka menerima pertanyaan menerusi media sosial berkenaan keselamatan taman tema mereka.

"Kami ingin meyakinkan pengunjung bahawa Sunway Lagoon sangat mengambil berat perihal kebersihan dan memeriksa kualiti air secara konsisten. 

"Kami juga sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesihatan  sekiranya ada keperluan dan untuk memastikan bahawa fakta disalurkan kepada orang ramai adalah tepat serta selari. 

Image

Seperti yang telah dipraktikkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengunjung dinasihatkan untuk menjaga kebersihan peribadi semasa berada di taman. Pembersih tangan akan dibekalkan kepada pengunjung.

Tonton video di bawah untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai praktis kesihatan dan keselamatan di Sunway Lagoon:

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunwaylagoon.com atau www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

Berita Harian X