Selasa, 5 March 2019 | 11:26am
Pengarah Urusan G&H Cake House, Fauziah Tawil bersama produk kek beliau pada Ekspo Halal Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Foto Asyraf Hamzah

Kek lapis penuhi pasaran global

Kuala Lumpur: Mencipta kelainan seorang usahawan memperkenalkan kek gulung sejuk beku bagi menyambung legasi keluarga, sekali gus membuatkan makanan itu lebih tahan lama dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Justeru, Pengarah Urusan G & H Cake House Sdn Bhd, Fauziah Tawil, 59, tampil idea kreatif menyediakan pelbagai variasi dan rekaan bentuk pembungkusan dilihat menjadi apabila berjaya menembusi pasaran global termasuk di Australia.

Katanya, perniagaan ini perlukan kelainan supaya memenuhi cita rasa pelanggan, sekali gus mampu mengekalkan identiti seperti populariti kek lapis Sarawak yang begitu terkenal hingga ke serata tempat.

Kek gulung beliau lebih dikenali Benji adalah seperti kek lapis sejuk beku dengan 12 variasi perisa antaranya durian, chocoberry, neopolitan, coklat, nanas dan banyak lagi.

“Kebanyakan pelanggan menyukai kek lapis Sarawak kerana lapisannya berwarna-warni dan rasa enak yang penting ia digemari ia makanan popular dari bumi Kenyalang.

“Benji kurang manis dan sedia dimakan walaupun baru dikeluarkan daripada tempat penyimpanan sejuk beku.

Jadi ia menjadi lebih enak dengan pilihan perisa, selain dihasilkan sepenuhnya buatan tangan,” katanya.

Dapat sokongan agensi kerajaan

Menggunakan jenama MyZiff Bakers, produknya yang bermula tempahan kecil-kecilan pada sekitar 2008 daripada rakan sekerja dan saudara-mara kerana ketika itu beliau masih bekerja makan gaji.

“Segala-galanya berkembang apabila kami mengkomersialkan jenama ini pada 2012, di samping mendapat sokongan agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), SME Corporation Malaysia (SME Corp), dan Majlis Amarah Rakyat (MARA),

“Selain itu, produk kami memiliki pensijilan halal pada 2015 dan memenangi kategori biskut terbaik. Kami banyak mendapat bimbingan kepakaran daripada SIRIM Berhad (SIRIM) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi pasaran eksport,” katanya.

Kini produk beliau mempunyai pasaran luas di Singapura, Brunei dan Perth, Australia.

Katanya, meskipun fokus pada pasaran luar negara, pihaknya bangga kek gulung sejuk beku ini sudah ada di beberapa pasar raya besar di negara ini,” katanya.


Pengarah Urusan G&H Cake House, Fauziah Tawil dan Pegawai pemasaran dan pereka bentuk Myziff Bakers, Muhammad Haziff Ahamat pada Ekspo Halal Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Foto Asyraf Hamzah

Tambah pendapatan

Beliau berkata, idea menjual kek ketika itu hanya bersandarkan keinginan mencari pendapatan tambahan bagi menampung keperluan keluarga, biarpun ketika itu beliau mempunyai pekerjaan selesa sebagai pengurus akaun di syarikat swasta.

“Jadi saya mengambil keputusan menyertai kelas membuat kek selama enam bulan dengan permulaannya selepas itu adalah menghasilkan kek prun tetapi sambutannya begitu menggalakkan terutama menjelang musim perayaan.

Situasi itu memberikan semangat saya dan kami sekeluarga sepakat mengusahakan sepenuhnya,” katanya yang memiliki premis mereka sendiri di Rawang beberapa tahun lalu.

INFO: 12 variasi perisa antaranya

  • Durian
  • Chocoberry
  • Neopolitan coklat dan nanas.
  • Sedia dimakan selepas dikeluarkan daripada penyimpanan sejuk beku.
  • Dipasarkan ke Singapura, Brunei dan Perth, Australia.
  • Berita Harian X