Isnin, 15 Julai 2019 | 3:18pm

Rahsia kulit berseri, awet muda

Wajah jelita, kulit anjal, bersih, mulus dan berseri tanpa sebarang cela memerlukan penjagaan rapi dengan produk kecantikan yang bersesuaian.

Realitinya, kecantikan adalah dunia tanpa sempadan yang sentiasa berubah saban waktu untuk memberi peluang wanita menzahirkan keindahan wajah daripada dimensi berbeza.

Selain menitikberatkan pengambilan makanan berkhasiat, penggunaan produk penjagaan dan kecantikan kulit yang sesuai juga membantu untuk memperkasakan wanita menerusi penampilan imej yang lebih menawan dan berkeyakinan.

Ramai wanita sanggup berbelanja tinggi untuk kecantikan kerana sejauh mana sesuatu produk membantu memberi berkesan harus bermula pada usia remaja.

Atas inisiatif membantu memperkasakan wanita, jenama produk kecantikan terkenal, L'Oréal Paris, ingin merealisasi impian itu menerusi produk berkualiti yang setaraf jenama mewah dengan harga mampu milik.

Berdasarkan teknologi sains dan kepakaran biologi, keberkesanan jenama ini terbukti secara saintifik menerusi pemilihan bahan rumusan yang terbaik.

Lantas L'Oréal Paris, memperkenalkan siri rumusan penjagaan kecantikan kulit, iaitu Revitalift untuk wanita memiliki kesempurnaan kulit yang didambakan.

Produk ini mampu memberikan kesempurnaan untuk rejim penjagaan anti-penuaan sekali gus penampilan berseri.

Set Revitalift dilengkapi dengan krim siang SPF23, krim malam dan Centella Essence Water, sewajarnya menjadi pilihan untuk memenuhi amalan rutin rejim kecantikan setiap hari.

Rumusan produk untuk keanjalan kulit memulihara lapan zon utama wajah, iaitu bahagian dahi, di antara bulu kening, pipi, garisan penjuru mulut, leher, garisan senyuman dan kedutan bawah mata demi kesempurnaan penampilan wajah.

Jika mahukan keputusan yang optimum, penggunaan secara konsisten set ini dapat membantu melewatkan proses penuaan kulit, yang menyebabkan wujudnya masalah garis halus, kedutan, kusam dan bintik hitam.

Krim siang dan malam membantu melembapkan kulit sepanjang hari sebagai agen anti penuaan. Rumusan Centella Essence Water berupaya menggalakkan pemulihan kulit yang bertindak untuk menganjal dan menegang kulit.

Centella Essence Water

Bagi wanita yang gemar bersolek, essence istimewa ini boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada solekan lebih bersinar dan menonjol.

Centella Essence Water mengandungi Centella yang dapat menjadikan kulit lebih licin, tegang dan anjal.

Titisan mikro dalam Centella Essence Water istimewa ini menyerap lebih cepat ke dalam kulit dan sesuai diamalkan pada waktu pagi dan malam selepas menggunakan penyegar.

Bagi wanita berkerjaya yang gemar bersolek setiap hari, anda tidak perlu bimbang dengan kesan mekap, debu atau selaran matahari kerana semua noda itu mudah dibersihkan dengan Micellar Water Moisturizing dan Micellar Water Refreshing.

Micellar Water Moisturizing

Micellar Water Refreshing

Inovasi produk Micellar Water Refreshing dirumus dengan French Mountain Water, kaya dengan mineral untuk kelembapan kulit dan dapat memberikan penghidratan segera.

Micellar Water Moisturizing pula bukan sekadar penanggal solekan, malah dengan rumusan esktrak bunga ros, ia membantu mengekalkan kelembapan kulit, melembutkan sambil membuang sisa kotoran kulit secara mendalam.

Kedua-kedua produk ini bertindak menanggalkan sisa kotoran sehingga ke dalam liang pori bagi memberikan kesan kesegaran kepada kulit sepanjang hari.

Solekan gincu dan pembayang mata pula mudah dibersihkan dengan menggunakan Gentle Lip & Eye Makeup Remover.

Gentle Lip & Eye Makeup Remover

Set ini bertindak menanggalkan solekan paling degil pada wajah dan bibir walaupun ia kalis air, malah lembut serta sesuai untuk mata sensitif.

Hargai kejelitaan anda dengan menambah seri wajah agar kekal muda jelita menerusi rutin penjagaan kesihatan yang menawarkan hasil optimum kepada keindahan kulit.

Berita Harian X