X
Sabtu, 14 Disember 2019 | 12:29pm

Urut muka kekal keanjalan wajah

KESIHATAN kulit bermula dengan proses penjagaan rapi dan sempurna selain pengambilan sajian seimbang. Rutin penjagaan sempurna perlu dilakukan berterusan bagi mendapatkan kulit yang sihat kekal segar dan anjal.

Amalan menjaga kesihatan kulit perlu bagi mengelakkan daripada kesan radang disebabkan pencemaran selepas terdedah dengan habuk dan cahaya mata hari.

Penjagaan kulit secara sistematik penting bagi wanita kerana golongan ini membuang empat kali lebih banyak kotoran dan debu yang terkumpul, solekan serta partikel pencemaran halus.

Merawat kulit membantu proses mikroedaran dengan membawa oksigen dan zat kepada kulit. Bagi melancarkan rutin harian penjagaan kulit muka, pengeluar produk penjagaan wajah, Mary Kay menyediakan peralatan khas untuk tujuan itu.

Mary Kay dalam kenyataan yang diterbitkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini, berkata inovasi itu menjadikan rutin penjagaan lebih baik dengan Skinvigorate Sonic™ Skincare System. Proses membersihkan kulit wajah menjadi lebih mudah, kulit lebih bersih hanya 60 saat.

Peranti didatangkan dengan tiga kelajuan berbeza untuk menambah kepala Skinvigorate Sonic™ Facial Massage Head.

Penggunaannya mampu membersihkan permukaan kulit muka yang sukar dibersihkan dengan tangan, sesuai digunakan pada kekerapan dua kali sehari pada semua jenis kulit.

Kuasa Sonik Skinvigorate Sonic™ berputar lebih 200 kali setiap saat, direka untuk bergetar dengan pantas serta membersihkan wajah selain menanggalkan semua kotoran pori-pori dengan lembut dan mendalam.

Bahagian atas peranti direka mengikut bentuk muka dengan memberikan 24,000 urutan mikro berkuasa sonik kepada muka dan leher anda pada setiap sesi dua minit.

Mereka yang menggunakan alat ini setiap hari pastinya beroleh kulit lebih sihat, segar dan anjal. Menggunakan kepala urutan ini juga mengurangkan garis halus hasilnya kulit menjadi lebih anjal dan kelihatan segar.

Berita Harian X