Sabtu, 1 Disember 2018 | 1:15pm

Banyak makan epal perut kembung

Nor Hatina Shuib

[email protected]

Pernahkah mengalami rasa tidak selesa, senak, kesakitan pada bahagian perut, kembung dan pedih huluh hati walaupun baru saja menjamah makanan.

Sebenarnya berlaku bagi memberitahu ada sesuatu berlaku di dalam usus atau perut anda.

Rasa senak dan dispepsia yang memberi menyebabkan sakit dan tidak selesa berulang atau berpanjangan biasanya tertumpu pada bahagian atas perut.

Walaupun tidak mengancam nyawa seperti ulser, ia boleh mendatangkan masalah lebih serius jika tidak diberikan rawatan peringkat awal.

Lazimnya, orang Melayu mengaitkan keadaan itu dengan perut kembung atau angin dan ada beberapa jenis makanan yang menyebabkan perkara berkenaan.

Tabiat makan dalam kuantiti banyak, tidak melakukan pergerakan, berdiri ketika makan dan tidak mengunyah makanan sehingga hancur boleh mengundang masalah ini.

MAKAN terlalu banyak epal boleh menjadi punca angin terperangkap dalam perut. - Foto hiasan
MAKAN terlalu banyak epal boleh menjadi punca angin terperangkap dalam perut. - Foto hiasan

Pakar Pemakanan Amerika, Emma Thornton menjelaskan makanan tertentu juga boleh meningkatkan risiko perut kembung.

“Contohnya, makan terlalu banyak epal boleh menjadi punca angin terperangkap dalam perut. Anda boleh mengelakkannya dengan minum teh selepas makan dan bukan mengamalkan sebelum makan.

“Ini kerana epal mengandungi fruktosa yang boleh menyebabkan perut bengkak.

“Fruktosa adalah sejenis karbohidrat yang tidak boleh dimakan dan dipecahkan bakteria dalam usus besar.

Bakteria kemudian melepaskan gas yang boleh menyebabkan angin terperangkap dalam perut,” katanya.

MAKANAN tertentu boleh meningkatkan risiko perut kembung atau senak. Foto hiasan
MAKANAN tertentu boleh meningkatkan risiko perut kembung atau senak. Foto hiasan

Walaupun begitu, beliau mengaku epal terkenal dengan buah berstatus kalori rendah dan pilihan popular dalam kalangan wanita dan lelaki.

"Begitu juga yang tembikai mempunyai kandungan fruktosa tinggi dan juga boleh mencetuskan sakit perut.

“Saya cadangkan tukar diet tembikai kepada kiwi atau nanas,” katanya.

Info

Sayuran lain mengandungi fruktosa

* Bawang merah, putih, kubis, brokoli dan asparagus.

*Produk gandum seperti roti dan pasta tinggi fructans.

* Elakkan makanan berminyak

Berita Harian X