Sabtu, 4 Januari 2020 | 10:00am
Buasir dalam luar dan dalam.

Derita buasir malu dikongsi

Gaya hidup kurang aktif dan duduk terlalu lama di mangkuk tandas antara amalan biasa dilakukan individu.

Bagaimanapun, tabiat itu antara punca mendapat buasir. Penyakit itu dikaitkan dengan saluran darah vena membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ia menjadi radang atau bengkak.

Jenis-jenis Buasir.

Ia dibahagikan kepada buasir luaran dan dalaman yang mempunyai simptom dan masalah berbeza.

Justeru, Haemorrhoids (HD) atau buasir dan Chronic Venous Disease (CVD) atau mudah dikenali sebagai vena kronik penyakit berkaitan dengan peredaran darah dan masalah urat lemah.

Sebahagian penderita penyakit itu enggan membincangkan mengenainya secara terbuka mungkin disebabkan malu.

Mengikut Tinjauan Daflon, iaitu syarikat teknologi perubatan Hello Doctor dan syarikat farmaseutikal, Servier terhadap 599 responden mendapati 50 peratus mengalami masalah buasir.

Berdasarkan laporan itu, lebih 60 peratus responden tidak membincangkan mengenai masalah buasir dalam tempoh enam bulan sebelum tinjauan dijalankan, pada Ogos lalu.

Tahap Buasir.

Kajian menunjukkan lebih ramai lelaki berbincang mengenai masalah buasir berbanding wanita.

Bagaimanapun, wanita lebih selesa membincangkan topik itu dengan insan terdekat manakala lelaki pula cenderung berjumpa doktor untuk terus mendapatkan rawatan.

Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (PPUKM) yang juga Perunding Kanan Pakar Bedah Vaskular, Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarashid, berkata masalah buasir berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk wanita hamil.

Katanya, tubuh gemuk, sembelit yang kronik, kurang mengambil makanan berserat, gemar makan pedas dan berempah berisiko, selain tidak mengamalkan gaya hidup aktif berisiko mendapat penyakit itu.

“Buasir kronik boleh berlaku mereka yang melakukan senaman berlebihan atau mengangkat barang terlalu berat.

“Duduk terlalu lama di mangkuk tandas dan meneran secara berlebihan ketika membuang air besar menyumbang masalah sama.

“Tekanan terlalu kuat ketika meneran menyebabkan tisu buasir menjadi bengkak dan menyebabkan masalah tisu buasir dalaman (hemoroid dalaman) dan hemoroid luaran saluran dubur.

Beliau berkata, pemeriksaan doktor membantu mengesan penyakit buasir.

Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (PPUKM) yang juga Perunding Kanan Pakar Bedah Vaskular, Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarashid. - NSTP/Saddam Yusoff

“Selalunya, pemeriksaan sejarah perubahan dan ujian proctoskopi dapat melihat terusan dubur bawah dan ujian tambahan seperti mengambil sampel najis atau kolonoskopi,” katanya.

Selain itu, laporan Chronic venous HemORrhoidal Diseases EvalUation and Scientific Research (CHORUS), juga mendedahkan lebih 50 peratus pesakit buasir turut mempunyai penyakit pembuluh darah vena yang kronik (CVD).

Dr Hanafiah berkata, selain duduk terlalu lama yang boleh menyebabkan buasir, pekerjaan yang terlalu banyak berdiri seperti penjaja, guru, cef, pekerja kilang, bidang makanan dan minuman dan perkhidmatan runcit, krew kabin serta jururawat antara individu yang berisiko tinggi terkena CVD.

INFO:

** Punca buasir

- Tidak mengamalkan gaya hidup aktif

- Senaman berlebihan

- Mengangkat barang berat

- Sembelit

Kaedah rawatan:

1. ‘Rubber band ligation’

- Boleh dilakukan untuk rawatan buasir dalaman.

- Rawatan gelung getah kecil dipasang dipangkal buasir menyebabkan

2. ‘Hemorrhoidectomy’

- Pembedahan mengeluarkan buasir.

- Prosedur ini mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih.

* ‘Doppler guided transanal hemorrhoidal dearterialization’ - mesin ultrasound digunakan untuk mengenal pasti aliran darah arterial, kemudiannya disekat.

* ‘Stappler hemmorhoidectomy’ - pembedahan membuang bahagian tisu longgar punca buasir keluar dari dubur.

Sembelit permulaan kepada buasir

- Najis besar dan keras bergesel pada dinding usus.

- Usus besar (kolon sigmoid) tidak dapat berfungsi secara normal.

- Najis tidak dapat keluar habis dan diteran kuat.

- Najis yang tidak dapat keluar habis akan tersimpan di dalam kolon sigmoid sehingga bertahun-tahun.

- Kurang makan buah, sayur dan minum air.

Buasir terbahagi kepada dua jenis

1) Buasir di dalam.

- 90 peratus kerap terjadi

* Ada 4 peringkat

* Peringkat 1 dan 2 : Pesakit perlu menukar corak pengambilan makanan atau dirawat menggunakan teknik ikatan getah pada buasir

* Peringkat 3 dan 4 : Lazimnya dirawat dengan teknik pembedahan di hospital iaitu safute Beim

Penyakit melalui beberapa peringkat:

- Tahap 1 : Rasa gatal dan sakit, jika tidak dirawat akan mencapai tahap kronik hingga berlaku pendarahan ketika buang najis

- Tahap 2 : Usus besar menjadi luka dan usus terkeluar sedikit.

- Tahap 3 : Saluran najis terkeluar. Ini tidak boleh dimasukkan semula

- Tahap 4 : Kemungkinan saluran darah tersumbat perlu dibedah

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X