Ahad, 5 Januari 2020 | 11:00am
TILAM perlu dibersihkan empat kali sehari untuk elak hama, dan bakteria penyebab ekzema dan sinus. - Foto AFP

Tilam perangkap bakteria

TILAM yang kotor tidak kelihatan oleh mata kasar, hakikatnya terdapat lebih sejuta jenis bakteria, hama dan sisa daripada tubuh yang turut menemani tidur kita sepanjang malam.

Lebih menakutkan, hama atau hidupan halus yang tidak sukar dilihat dengan mata kasar ini ini akan memakan kulit kita yang sudah mati dan membuang najisnya di atas tilam.

Kesannya kita cenderung mendapat penyakit kulit seperti gatal-gatal ekzema, ruam, gatal hidung seperti sinus dan bersin pada waktu pagi.

Pengurus Jabatan Bisnes Homecare Coway, Shawn Chow, berkata dianggarkan 12.8 peratus atau tiga juta rakyat Malaysia menghadapi masalah sinusitis dan salah satu penyebabnya adalah tilam yang tidak bersih.

“Suhu negara yang lembap dan panas yang menyebabkan kita berpeluh semasa tidur menyebabkan tilam kita mudah kotor.

“Walaupun sering menukar cadar tetapi jarang mengendahkan kebersihan tilam yang mungkin dipenuhi bahan pencemar seperti debu halus, kelemumur, kulit mati, kulat, peluh, bakteria dan hama yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar,” katanya.

DEMONSTRATASI menghilangkan habuk dan kotoran pada tilam yang ditunjukkan oleh pekerja Coway pada program 'Preview of Coway Malaysia’s latest mattress care service' di Setia Sky Residence. - Foto Mustaffa Kamal

Bersihkan tilam 4 kali setahun

Beliau berkata, saiz hama habuk spesis lelabah terlalu kecil iaitu sekitar 0.1 milimeter (mm) sehingga 0.3 mm dengan jangka hayat tiga hingga empat bulan.

Walaupun jangka hayatnya pendek, hama ini boleh membiakkan 300 telur pada satu-satu masa dan ia meneruskan kehidupan di dalam tilam dengan memakan sel kulit kita yang mati, kelemumur dan peluh.

Apabila seseorang tidur di atas tilam yang kotor, mereka mudah mengalami gatal-gatal mata, telinga dan hidung, sukar bernafas, hidung tersumbat, bersin, alahan kulit, asma dan mata berwarna merah.

“Tilam baru bukan alasan untuk mengatasi masalah ini kerana berdasarkan perkhidmatan membersihkan tilam yang dijalankan oleh Coway mendapati tilam berusia antara setahun hingga dua tahun juga terdapat semua benda asing ini.

“Justeru, tilam perlu dibersihkan sekurang-kurangnya empat kali setahun dengan menggunakan kaedah penyedut hampagas khas bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, bangkit daripada tidur yang lena adalah penting untuk memulakan hari yang baik sepanjang hari bermula dengan katil yang bersih.

Tidur yang lena memainkan peranan amat penting bukan saja untuk mengekalkan kesihatan dan kehidupan yang berkualiti tetapi untuk mendapatkan tidur nyenyak demi kesihatan mental dan fizikal.

Info

PEKERJA Coway menunjukkan habuk dan kotoran pada tilam yang teperangkap pada penapis selepas melakukan demonstratasi pada program 'Preview of Coway Malaysia’s latest mattress care service' di Setia Sky Residence. - Foto Mustaffa Kamal

*Kotoran di atas tilam:

- Bakteria (lebih tiga juta setiap meter persegi)

(tilam kurang daripada setahun)

- Hama halus

- Bahan alergen

- Fungi (sehingga 17 spesies pada satu masa)

- 100 liter peluh setiap tahun

- Sel kulit manusia (satu juta keping setiap hari)

Berita Harian X