Sabtu, 1 Februari 2020 | 10:00am

Kesan awal kanser

Dahulu ujian genetik untuk pengesanan awal kanser hanya boleh dilakukan di pusat genetik klinikal tertentu di Lembah Klang.

Kini, menerusi Projek Mainstreaming Genativ Counselling for Genatic Testing (MAGIC) seluruh negara boleh menerima kaunseling dan menjalani ujian genetik daripada 68 pakar onkologi.

Malah, Malaysia adalah negara Asia pertama yang memperluaskan akses perkhidmatan kaunseling genetik bagi pesakit kanser ovari ke seluruh negeri di bawahnya.

Projek MAGIC yang diwujudkan oleh Cancer Research Malaysia (CRM) sejak 2016 bertujuan mengarusperdana akses kepada kaunseling dan ujian genetik BRCA bagi pesakit kanser di negara ini.

Pengasas bersama MAGIC dan kaunselor genatik CRM, Yoon Sook Yee mendapati 800 penghidap kanser ovari menjalani ujian untuk menentukan sama ada mereka adalah pembawa mutasi gen BRCA1 dan BRCA2.

Katanya, setiap manusia memerlukan gen BRCA1 dan BRCA2 untuk menjalankan fungsi sebagai gen penekan tumor bagi menjaga keadaan sel, namun risiko kanser meningkat pada pembawa gen BRCA1 dan BRCA2 yang tidak berfungsi dengan baik, iaitu mengalami perubahan gen atau lebih dikenali sebagai mutasi.

“Pembawa gen BRCA mungkin berisiko menghidap kanser sebanyak lapan hingga 10 kali ganda daripada mereka yang tidak memiliki mutasi gen BRCA.

“Manakala, risiko kanser ovasi adalah dalam julat 20 hingga 30 peratus,” katanya.

Beliau ditemui ketika menghadiri Kongres Persatuan Pakar Onkologi Perubatan Eropah (ESMO) Asia, baru-baru ini yang disertai 3,2000 pakar onkologi dari 70 negara yang berlangsung di Singapura.

Turut serta dalam kongres itu adalah lebih 300 ahli akademik, 185 pakar yang membentangkan kertas kerja dan perbincangan dari 36 negara.

Sebanyak 30 syarikat dan pusat penyelidikan bio farmasi berkaitan perubatan terkemuka seperti Astra Zeneca turut menyertai pameran sepanjang kongres itu.

Katanya, kaunseling genetik perlu dilakukan terlebih dahulu kerana ahli keluarga pembawa mutasi gen BRCA mungkin sebanyak 50 peratus di mana perubahan gen yang sama diwarisi anak kandung atau adik-beradik dan seterusnya mewujudkan risiko menghidap kanser dalam kalangan mereka.

Info : Kanser ovari

  • Sepasang organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita.
  • Lazim wanita berusia 40-an ke atas menghidapi.
  • Kanser daripada permukaan ovari (epithelial cancer) dan sebahagian kecil berasal daripada sel-sel benih telur (germ cell cancer).
  • Kanser ovari lambat dapat dikesan kerana kedudukan organ itu yang letaknya jauh di dalam pelvis berbanding pangkal rahim (serviks) dan juga endometrium (dinding rahim).
  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X