Ahad, 26 Mac 2017 - 3:40AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Aktivis Pakistan bantah cadangan benarkan suami pukul isteri


KUMPULAN aktivis Pakistan mengadakan demonstrasi mengecam cadangan sebuah pertubuhan agama yang membenarkan lelaki memukul isteri di Islamabad. - Foto ihsan www.india.com

ISLAMABAD: Media dan aktivis Pakistan mengecam cadangan sebuah pertubuhan agama yang membenarkan lelaki memukul isteri, dalam draf undang-undang perlindungan wanita, semalam.

Majlis Ideologi Islam (CII) mengeluarkan draf undang-undang pada Khamis lalu, sebagai tindak balas mereka terhadap undang-undang progresif yang memberikan hak dan perlindungan yang lebih luas di wilayah Punjab.

Media tempatan memetik kandungan draf terbabit sebagai berkata: "Suami seharusnya diberi kebenaran untuk memukul isteri dengan perlahan jika melanggar arahan dan menolak untuk berpakaian seperti yang diinginkan suami; menolak ajakan mengadakan hubungan suami isteri tanpa sebarang alasan keagamaan dan tidak mandi hadas."

Cadangan itu turut mengundang ejekan daripada media dalam talian yang hampir setiap hari mengeluarkan artikel mempersendakan cadangan terbabit.

Akhbar Inggeris terkemuka dan berpengaruh negara itu, Dawn juga setiap hari menerbitkan artikel menyindir cadangan itu dengan menyenaraikan bahan lain yang boleh dipukul selain daripada isteri - termasuk telur, bahagian bawah botol kicap dan Michael Jackson malah memilih untuk 'Beat It'.

Penerbitan artikel sedemikian contoh yang jarang dilakukan media di negara terbabit untuk mengecam golongan yang kononnya bercakap bagi pihak agama di negara yang konservatif Islam itu. - AFP


Trending

    Disyorkan