Khamis, 25 Mei 2017 - 3:13PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

DCA batal sidang media khas MH370

PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membatalkan sidang media khas mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadual berlangsung jam 3.30 petang tadi.

Pengumuman pembatalan itu dibuat selepas media menunggu kira-kira 40 minit di dewan ibu pejabat DCA di Presint 4 di sini yang turut dihadiri ahli keluarga dan waris mangsa.

Ketika mengumumkan pembatalan itu, Pegawai Jabatan Penerangan, Jagjit Singh memberitahu sidang media baharu akan diumumkan kelak dengan hanya memaklumkan ia dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

ANTARA waris penumpang warga China yang hadir pada sidang media khas perkembangan terkini nahas MH370 di Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Putrajaya hari ini. - Foto NSTP

Trending

    Disyorkan