Rabu, 24 Januari 2018 | 10:26am
RAZAK Md Said (tengah) bersama anggota trafik memeriksa lesen pemandu dan kereta yang diubahsuai ketika membuat sekatan jalanraya bagi mengesan pesalah trafik dan mat rempit, di Bandar Johor Bahru.- Foto Mohd Azren Jamaludin

JABATAN Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Johor, membuat sekatan jalanraya bagi mengesan pesalah trafik dan mat rempit, di Bandar Johor Bahru.- Foto Mohd Azren Jamaludin
JABATAN Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Johor, membuat sekatan jalanraya bagi mengesan pesalah trafik dan mat rempit, di Bandar Johor Bahru.- Foto Mohd Azren Jamaludin
JABATAN Ketenteraman Awam dan Trafik IPK Johor, membuat sekatan jalanraya bagi mengesan pesalah trafik dan mat rempit, di Bandar Johor Bahru.- Foto Mohd Azren Jamaludin
JABATAN Ketenteraman Awam dan Trafik IPK Johor, membuat sekatan jalanraya bagi mengesan pesalah trafik dan mat rempit, di Bandar Johor Bahru.- Foto Mohd Azren Jamaludin

13 tahun miliki 78 saman tertunggak

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 35 tahun dipercayai tidak menjelaskan 78 saman tertunggak, antara yang ditahan dalam operasi bersepadu trafik di Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Johor, Superintendan Razak Md Said, berkata pemeriksaan mendapati individu itu tidak menjelaskan saman sejak 13 tahun lalu.

Beliau berkata, saman berkenaan membabitkan pelbagai kesalahan, termasuk meletak kenderaan di kawasan tidak dibenarkan.

"Semua saman itu belum dijelaskan hingga hari ini. Lelaki itu dibebaskan tetapi polis menasihatinya menyelesaikan saman itu secara beransur bagi mengelak dikenakan tindakan lebih berat atau disenarai hitam," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Razak berkata, operasi bersepadu JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu bermula jam 9 malam dan berakhir 12 tengah malam tadi membabitkan 39 pegawai serta anggota daripada PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Katanya, sebanyak 244 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk ubah suai kenderaan, pencemaran bunyi dan kenderaan tanpa lesen, meliputi 156 saman daripada PDRM, JPJ (75) dan JAS (13).

"PDRM ingin memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan dan sekiranya mereka ingkar, boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Akta Alam Sekitar Kawalan Bunyi 1987.

"Sebanyak 197 motosikal, tiga lori dan empat kereta disita, selain tiga individu berusia 20-an ditahan dalam 64 operasi dijalankan di seluruh 13 daerah pentadbiran PDRM sejak 1 hingga 22 Januari lalu," katanya.

Berita Harian X