Isnin, 22 April 2019 | 10:53am
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan bergambar bersama EXCO Johor selepas majlis angkat sumpah di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene. - Foto ihsan Royal Press Office

10 EXCO Johor angkat sumpah

JOHOR BAHRU: Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, pagi ini.

Menerusi entri terbaru di laman Facebook Sultan Ibrahim, istiadat pelantikan berkenaan berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini.

Pada majlis sama, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada Menteri Besar Johor, DrSahruddin Jamal yang membawa gelaran Datuk.

Datuk Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 pada 14 April lalu.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang mengangkat sumpah ialah Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr S Ramakrishnan (Bekok), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah).

Turut mengangkat sumpah, Sheikh Omar Ali (Paloh), Tan Chen Choon (Jementah), Mohd Solihan Badri (Tenang), Tosrin Jarvanthi (Bukit Permai) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya).

Tiga EXCO baharu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi; ADUN Tenang, Mohd Solihan Badri dan ADUN Jementah, Tan Chen Choon.

Dua EXCO sebelum ini iaitu Mazlan Bujang (Puteri Wangsa) dan Tan Hong Pin (Skudai) digugurkan.

Berita Harian X