Isnin, 29 Jun 2020 | 3:10pm

Akad nikah dibenar hingga 250 tetamu

PUTRAJAYA: Kerajaan menjelaskan kebenaran jumlah tetamu tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa untuk majlis sosial terpakai untuk majlis akad nikah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakub, berkata ramai yang keliru dan menyangka majlis akad nikah masih menggunakan prosedur operasi standard (SOP) lama dengan had tetamu 20 orang saja.

Katanya, pengumuman sebelum ini mengenai 250 tetamu dibenarkan untuk majlis perkahwinan dan bertunang sebenarnya turut terpakai untuk majlis akad nikah.

"Mesyuarat Khas Menteri juga bersetuju untuk membenarkan jumlah tetamu tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa bagi majlis jamuan perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, had tetamu itu tertakluk kepada saiz keluasan dan kapasiti ruang serta pematuhan SOP berkaitan yang berkuat kuasa.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Gambar hiasan. - Foto NSTP
    Gambar hiasan. - Foto NSTP
    Berita Harian X