Selasa, 27 Ogos 2019 | 9:00am
‘Beyond Fried Chicken’, boleh didapati di KFC di Smyrna, Georgia mulai hari ini.

KFC uji hidangan ayam bebas daging di Georgia

WASHINGTON: Rangkaian restoran makanan segera terkenal, KFC, akan memperkenalkan hidangan ayam goreng berasaskan tumbuh-tumbuhan selama sehari di salah satu restoran di Georgia. kata syarikat berkenaan semalam.

Contoh percuma produk baru itu, yang dibangunkan dengan kerjasama Beyond Meat dan digelar ‘Beyond Fried Chicken’, boleh didapati di KFC di Smyrna, Georgia mulai hari ini, dan pelanggan juga boleh membeli nuget dan kepak tanpa tulang yang dihasilkan daripada bahan bukan daging.

“Saya rasa kita semua sudah mendengar ‘ia rasa seperti ayam’, jadi pelanggan akan kagum dan berkata, ‘ia rasa seperti Kentucky Fried Chicken!’”, kata Presiden dan Ketua Pegawai Konsep bagi KFC AS, Kevin Hochman, dalam kenyataan.

Tindakan memperkenalkan daging berasaskan tumbuhan itu menyusul langkah Burger King’s awal tahun ini yang memperkenalkan Impossible Whopper, hamburger daging versi tanpa daging yang dibangunkan bersama-sama Impossible Foods.

Ia adalah antara beberapa pesaing yang syarikat makanan berkembang pesat yang menyediakan hidangan untuk mereka yang tidak makan daging.

Beyond Meat berkata dalam kenyataan bahawa tindak balas ujian itu di Georgia akan membantu KFC mempertimbangkan untuk memperkenalkan hidangan ayam bebas daging ke seluruh negara. — AFP

Berita Harian X