Rabu, 6 Disember 2017 | 6:34pm
CHINA memberi amaran bahawa rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. - Foto AFP

China bimbang tindakan Trump cetus ketegangan

BEIJING: China semalam memberi amaran bahawa rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan mencetuskan ketegangan di rantau itu.

"Kami bimbang dengan kemungkinan meningkatnya ketegangan," kata jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang dalam satu taklimat media.

"Semua pihak patut mempertimbangkan keamanan dan kestabilan serantau, berhati-hati dalam berkata-kata dan bertindak, mengelak daripada menjejaskan asas penyelesaian isu Palestin serta mengelak konfrontasi baharu di rantau itu,'" katanya.

Pegawai kanan pentadbiran Trump berkata, Presiden akan membuat pengumuman itu di Rumah Putih hari ini dalam tindakan yang bakal mengubah dasar berhati-hati Amerika Syarikat selain mengabaikan amaran ia bakal mencetuskan ketegangan di Asia Barat.

Pegawai yang enggan dikenali itu juga berkata, Trump akan mengarahkan pegawainya memulakan perancangan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. - AFP

3671 dibaca
Berita Harian X