Isnin, 21 Ogos 2017 | 11:14am
Isteri penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin 30, hadir ke mahkamah bagi memfailkan kes pembubaran nikah kerana Hafiz Hamidun meragui perkahwinan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Tak diberi nafkah zahir, batin - Joy Revfa

SHAH ALAM: Joy Revfa, isteri penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun menjelaskan tindakannya memfailkan permohonan pembubaran nikah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, pagi ini didorong tindakan suaminya yang meragui pernikahan mereka.

Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 30, berkata tindakan itu diambil atas hak dan statusnya sebagai isteri Hafiz yang sah.

"Saya kecewa apabila ada yang memperkatakan status pernikahan kami tidak sah. Perkahwinan terdahulu saya berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia.

"Hafiz sedia maklum mengenai perkara itu kerana dia sendiri yang membuat surat pengesahan perceraian.


Isteri penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin 30, hadir ke mahkamah bagi memfailkan kes pembubaran nikah kerana Hafiz Hamidun meragui perkahwinan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

"Tiba-tiba pada 23 Mei lalu, Hafiz membangkitkan perkahwinan kami tidak sah," katanya ketika ditemui selepas prosiding mahkamah, hari ini.

Joy berkata, selepas mendakwa pernikahan mereka tidak sah, Hafiz tidak lagi menganggap dirinya sebagai isteri.

"Saya tidak diberi nafkah zahir dan batin. Sehubungan itu, saya berjuang untuk mempertahankan hak sebagai wanita," katanya.

Pengasas kosmetik itu tidak tahu sebarang konspirasi dan agenda di sebalik tindakan suaminya itu.

Sementara itu, Hafiz dilihat berada di perkarangan mahkamah seawal jam 9 pagi. Difahamkan, Hafiz turut memfailkan permohonan pembubaran nikah mereka.

Joy dan Hafiz diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, pada 1 Mei lalu.


Isteri penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa (kiri) atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin 30, bersama peguamnya, Muhammad Nur Hafiz Roslan (kanan) hadir ke mahkamah bagi memfailkan kes pembubaran nikah kerana Hafiz Hamidun meragui perkahwinan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Berita Harian X