Khamis, 6 Disember 2018 | 3:11pm
SELEPAS empat single, Caliph Buskers semakin yakin mengetengahkan lagu ciptaan sendiri. - NSTP/Asyraf Hamzah
SELEPAS empat single, Caliph Buskers semakin yakin mengetengahkan lagu ciptaan sendiri. - NSTP/Asyraf Hamzah

Caliph Buskers semakin berani berdikari

PETALING JAYA: Caliph Buskers mengakui, single terbaru, Hanya Mimpi memberikan mereka inspirasi supaya lebih berani menghasilkan karya sendiri.

Vokalisnya, Khairul Azmi Saat, 30,

berkata sudah tiba masa mereka berdikari dan tidak lagi bergantung kepada karya komposer lain untuk kesinambungan kerjaya.

Ketika ini, Caliph Buskers sudah mempunyai sebuah single yang dihasilkan pemain dram mereka, Fendy Abdullah.

"Sebagai penyanyi, kami memerlukan lagu baharu sebagai kesinambungan kerjaya. Buat masa ini, kami mahu memberi fokus terlebih dahulu kepada Hanya Mimpi.

“Ada beberapa lagi demo masih dalam simpanan kerana kami meletakkan sasaran untuk merakamkan sekurang-kurangnya sebuah lagu ciptaan sendiri setahun.

“Kami masih dalam proses pembelajaran dan memerlukan bantuan mereka yang berpengalaman untuk membimbing dalam menghasilkan karya berkualiti,” katanya.

Menyentuh single terbaru mereka, Azmi mengakui, dia mengambil sedikit masa menyesuaikan diri dengan perubahan yang dibawakan Hanya Mimpi.

Katanya, lagu yang berkisar mengenai perjalanan seni mereka bermula sebagai pemuzik jalanan

agak menguji kerana tidak pernah membawakan lagu rancak.

“Lagu ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan itu memberi semangat baharu kepada kami untuk mencuba genre berbeza.

“Kali pertama mendengar lagu ini, saya mengambil masa yang agak lama untuk menghayatinya kerana tidak pernah membawakan lagu rancak.

"Kami bagaimanapun, meletak sepenuh kepercayaan kepada karya Faithful Music ini kerana sebelum ini dengan lagu balada,” katanya.

Caliph Buskers sebelum ini pernah muncul dengan single seperti Hanya Nama-Mu, Kaulah Dia dan Buta.

Berita Harian X