Sabtu, 2 November 2019 | 12:24am
Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian, Datuk Fizz Fairuz dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian, Zara Zya pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Nurul Syazana Rose Razman
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem, Zahiril Adzim menerusi filem One Two Jaga pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Nurul Syazana Rose Razman
Pengarah drama Di Disi, Wan Afzam Wan Daud (kanan) bersama Pengurus Unit Drama TV RTM, Rahayu Wahid, menerima trofi Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 di PWTC, malam tadi. - Foto Asyraf Hamzah
Pemenang Drama Terbaik menerusi Drama Di Sisi pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Di Sisi, One Two Jaga ungguli ASK 2019

KUALA LUMPUR: Karya arahan Wan Afzam Wan Daud, Di Sisi, dinobat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini.

Naskhah terbitan Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu turut mengungguli empat kategori lain iaitu Pengarah Terbaik Drama, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Ruzaidi Rahman), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur) dan Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri).

Filem One Two Jaya arahan Namron pula sekali lagi mencatat kejayaan manis apabila membawa pulang empat trofi daripada acara terbabit.

Pemenang Lakon Layar Terbaik, Namron (kiri) bersama anak Allahyarham, Pitt Hanif menerusi filem One Two Jaga pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Selain Filem Terbaik, karya terbitan Pixel Play Entertainment itu mengungguli kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Rosdeen Suboh), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim) dan Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron dan Mohd Syafiq).

Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik, Faizal Hussein bersama Pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Nabila Huda pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Watak wanita mengandung yang dihalau keluarga lakonan Nabila Huda menerusi drama Dia Tidak Berdosa pula membolehkannya diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama, manakala trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama digenggam aktor berpengalaman, Faizal Hussein, menerusi Samad Tedung.

Trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menjadi milik Amyza Aznan (Batik Zakiah), manakala kategori Drama Komedi Terbaik dimenangi Budak Usin terbitan Radius One Sdn Bhd.

Pemenang Pembantu Wanita Terbaik Drama, Amyza Aznan menerusi drama Batik Zakiah pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Drama Kamar Kamariah terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd turut mencipta kejayaan apabila diangkat sebagai Drama Rantaian Terbaik bagi kategori Bahasa Melayu.

Pemenang Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu), Kamar Kamariah (Suhan Movie & Trading Sdn Bhd) pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Selain itu, bintang utamanya, Datuk Fizz Fairuz, diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian, sementara Zara Zya daripada drama Pia memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Drama Rantaian Terbaik bagi kategori Bahasa Cina dimenangi oleh Sweet Delicacy (The Rock Productions Sdn Bhd).

Turut mencipta kejayaan termasuk Datin Diana Danielle yang mengungguli kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi Gol & Gincu Vol 2, Mamat Khalid (Pengarah Terbaik Filem / Hantu Kak Limah) dan Siti Saleha (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem / 7ujuh).

Diana Dianelle pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Malam kemuncak ASK 2019 menyaksikan 23 kategori dipertandingkan. Barisan pemenang untuk tujuh kategori bukan drama dan teknikal diumumkan menerusi program Melodi TV3 pada 27 Oktober lalu.

Ia membabitkan tujuh kategori penerbitan dalaman iaitu Reka Bentuk Set Terbaik yang dimenangi Anugerah Skrin 2018, Montaj Terbaik (Halaqah 2020), Rancangan Dokumentari Terbaik (Majalah Tiga Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16) dan Rancangan Bual Bicara Terbaik (Feel Good Show - Istimewa Deepavali).

Turut diumumkan Laporan Khas Berita Terbaik (Buletin Utama - Aduan Rakyat: Kampung Sampah), Rancangan Hiburan Terbaik (RTM - Konsert Minggu Ini) dan Rancangan Anugerah Terbaik (Anugerah Juara Lagu 33).

Bagi edisi ke-23, tugas mengemudi acara berprestij terbitan TV3 itu diserahkan kepada 12 penyampai trofi yang digandingkan berpasangan. Mereka ialah Zizan Razak dan Nabila Huda; Rozita Che Wan dan Zain Saidin; Siti Sarah dan Shuib; Shaheizy Sam dan Syatila Melvin; Eira Syazira dan Azad Jasmin serta Elly Mazlein dan Shuk Sahar.

Dalam segmen persembahan pula, ASK 2019 menampilkan gandingan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Syamel dan Ernie Zakri; Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah; serta Ayda Jebat dan Santesh.

Selain itu, pertunjukan silap mata kumpulan The MADgicians, tarian Zeppo Youngster Crew by Boojae dan sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey serta Zizi Kirana menggamatkan suasana.

Turut ditampilkan, persembahan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Donde, Andi Bernadee.

Keputusan penuh ASK 2019:

Kategori Drama
Drama Terbaik: Di Sisi (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia)
Pengarah Terbaik: Wan Afzam Wan Daud (Di Sisi)
Lakon TV Terbaik: Amin Masyur (Di Sisi)
Pelakon Lelaki Terbaik: Faizal Hussein (Samad Tedung)
Pelakon Wanita Terbaik: Nabila Huda (Dia Tidak Berdosa)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Ruzaidi Rahman (Di Sisi)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Amyza Aznan (Batik Zakiah)
Drama Rantaian Terbaik (Kategori bahasa Melayu): Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)
Drama Rantaian Terbaik (kategori bahasa Cina): Sweet Delicacy (The Rock Productions Sdn Bhd)
Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian: Zara Zya (Pia)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian: Datuk Fizz Fairuz (Kamar Kamariah)

Pemenang Drama Komedi Terbaik menerusi drama Budak Usin pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Nurul Syazana Rose Rasman

Drama Komedi Terbaik: Budak Usin (Radius One Sdn Bhd)
Videografi Drama Terbaik: Junaimeramfizal Rahmat (Telingkah)
Penyunting Drama Terbaik: Izar Masuri (Di Sisi)
Rancangan Majalah Terbaik: Sahabat Backpackers
Rancangan Realiti Terbaik: The Z Power

Kategori Filem
Filem Terbaik: One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)
Pengarah Terbaik: Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)
Lakon Layar Terbaik: Allahyarham Pitt Hanif, Namron dan Mohd Syafiq (One Two Jaga)
Pelakon Lelaki Terbaik: Rosdeen Suboh
Pelakon Wanita Terbaik: Datin Diana Danielle (Gol & Gincu Vol 2)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Zahiril Adzim (One Two Jaga)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Siti Saleha (7ujuh)

Kategori Penerbitan Dalaman
Montaj Terbaik: Halaqah 2020
Rancangan Dokumentari Terbaik: Majalah Tiga - Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16
Rancangan Bual Bicara Terbaik: Feel Good Show - Istimewa Deepavali
Laporan Khas Berita Terbaik: Buletin Utama - Aduan Rakyat: Kampung Sampah
Reka Bentuk Set Terbaik: Anugerah Skrin 2018
Rancangan Hiburan Terbaik: Konsert Minggu Ini - RTM
Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Juara Lagu 33

Berita Harian X