Rabu, 12 April 2017 | 2:33pm

Hishammuddin dilantik Menteri Tugas-tugas Khas


MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dilantik sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

"Datuk Seri Hishammuddin juga kekal sebagai Menteri Pertahanan. Pelantikan ini akan membolehkan Datuk Seri Hishammuddin menjalankan tugas selain tanggungjawabnya beliau sebagai Menteri Pertahanan," kata Perdana Menteri.

Berita Harian X