Selasa, 24 November 2015 | 1:08pm
KEADAAN rumah mangsa kebakaran di flat Sri Sarawak. - Foto Hafiz Sohaimi
KEADAAN rumah mangsa kebakaran di flat Sri Sarawak. - Foto Hafiz Sohaimi

Dua keluarga hilang tempat tinggal

KEBAKARAN di tingkat 12 flat Sri Sarawak, pagi tadi. - Foto Hafiz Sohaimi
KEBAKARAN di tingkat 12 flat Sri Sarawak, pagi tadi. - Foto Hafiz Sohaimi

KUALA LUMPUR: Dua keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Flat Sri Sarawak, di sini terbakar pagi tadi.

Kejadian jam 10 pagi itu menyebabkan dua unit rumah yang terletak di tingkat 12 dan 13, Blok C itu musnah seratus peratus.

Difahamkan, api bermula dari tingkat 12 sebelum merebak ke tingkat atas.

Komandan Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Armdan Mahat, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.09 pagi dan tiba seminit kemudian.

Katanya, 26 anggota dari Balai Bomba Hang Tuah terbabit dalam operasi pemadaman dengan dibantu anggota dari Balai Sentul, Cheras dan Bandar Tun Razak.

"Ketika tiba, api marak membakar kedua-dua unit rumah berkenaan.

"Bagaimanapun, tiada mangsa yang terbabit dan api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 11.19 pagi," katanya ketika ditemui pemberita di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X