Trending
Wilayah

Raja Muda Selangor sertai perbarisan Jubli Emas 17 RAMD (PARA)

SHAH ALAM: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat menyertai Perbarisan Hari Ulang Tahun Jubli Emas 17 RAMD (PARA) Tahun 2020 di Padang Kawad Pasukan, Kem Terendak, Melaka semalam.

Menurut Facebook Selangor Royal Office, selepas menamatkan latihan Pegawai Kadet di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom, Batalion Ke-17 RAMD (PARA) adalah unit pertama disertai Tengku Amir Shah.

"Pada tahun ini, batalion ini mencecah usia 50 tahun sejak ditubuhkan pada 1 Ogos 1970.

"Tengku Amir mula berkhidmat di batalion ini pada tahun 2016 dan menjawat jawatan sebagai Ketua Platun Rintis Serang (RINSER)," menurut Selangor Royal Office hari ini.

Baginda turut menzahirkan rasa bangga di atas dedikasi dan khidmat yang cemerlang batalion ini.

Baginda juga berkenan mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Jubli Emas kepada semua warga pasukan, mantan Pegawai Memerintah, veteran pasukan serta semua yang terbabit dan berkhidmat dalam pasukan itu.